30.4 C
Kuala Lumpur
Monday, October 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Janna Nick Berjaya Tamat Master Di UK – ‘Setahun Saya Simpan Sebab Takut Penyakit Ain’

    Shopee Sale

    Pelakon Janna Nick menzahirkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Master of Arts in Filmmaking di United Kingdom (UK) dengan keputusan cemerlang.

    Artikel Berkaitan: Janna Nick Kurang Senang Lelaki Gemar Kritik Fizikal Wanita – ‘Sibuk Body Shaming Isteri Orang, Isteri Sendiri Pun Tiada’

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Menilai Fizikal Orang Lain, Kita Tak Tahu Kesusahan Yang Mereka Lalui’ – Janna Nick

    Berbaloi usaha setahun

    Ketika ditemui , Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, akui tidak menyangka segala penat lelah sepanjang setahun menuntut ilmu di negara orang membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

    Dedah Janna, dia sengaja tidak berkongsi secara terbuka mengenai pengajiannya sepanjang berada di UK kerana bimbang terkena penyakit ain.

    Saya dah berjaya menamatkan pembelajaran di sana (UK) dengan keputusan cemerlang.

    Tapi saya akan ke UK semula untuk majlis graduasi.

    Alhamdulillah penat lelah saya berbaloi. Saya tak jangka sebenarnya tapi rezeki Allah izinkan perkara ini (keputusan cemerlang) terjadi.

    Saya sangat takut sampai saya pilih untuk tak kongsi apa-apa tentang pengajian di sana sebab nak elak penyakit ain.

    Setahun saya tak cerita apa-apa sampailah dapat keputusan barulah saya kongsikan.

    Janna berkata demikian ketika ditemui pada Hari Gabungan Kuasa, Meet & Greet AMT 2026 yang berlangsung di MyKart Raceway, Shah Alam pada Ahad.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Terkejut! Artis Tulis Nama Dekat Botol Air Masing-Masing, Mereka Kata Banyak Kena Santau & Sihir’ – PU Rahmat

    Mengulas lanjut, Janna memaklumkan dirinya mempunyai prinsip untuk tidak menghasilkan kandungan berkaitan perkara yang terlalu diinginkan dalam hidupnya.

    Walaupun saya selalu buat vlog kehidupan di sana, tetapi saya tak buat video tunjuk pergi belajar.

    Saya takut penyakit ain sebab saya nak sangat berjaya dalam pengajian yang saya ambil ini.

    Kalau perkara yang saya terlalu inginkan, saya takkan buat konten. .

    Dalam pada itu, Janna turut mengakui mempunyai hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) selepas ini.

    The post [VIDEO] Janna Nick Berjaya Tamat Master Di UK – ‘Setahun Saya Simpan Sebab Takut Penyakit Ain’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah