30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Campak Mee Goreng Nenek Masak Mohon Maaf, Mengaku Biadap – ‘Saya Diberhentikan Kerja Sebab Bos Malu’

    Shopee Sale

    Individu yang mencetuskan kontroversi selepas mencampakkan semangkuk mee goreng yang dimasak oleh neneknya tampil memohon maaf atas perbuatannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dakwa Betty Rahmad Biadap, Tuntut Permohonan Maaf Segera – ‘Tahun Lepas Kakak Kau, Tahun Ini Kau Pula’

    Campak mee goreng nenek

    Menerusi satu hantaran, individu berkenaan berkata dia sudah memohon maaf kepada neneknya dan mengakui perbuatan tersebut merupakan satu khilaf.

    Dia turut meminta mana-mana pihak yang memuat naik semula video berkenaan supaya segera memadamkannya kerana tidak mahu isu tersebut terus dipanjangkan.

    Menurutnya, dia juga telah diberhentikan kerja selepas video berkenaan tular di media sosial dan mendakwa majikannya enggan menanggung malu susulan isu tersebut.

    Semua video yang saya campak makanan, jika ada post di mana-mana media sosial, minta dipadamkan.

    Saya dah diberhentikan kerja kerana bos tak mahu tanggung malu. Saya tahu saya biadap dengan tok dan rezeki Allah. Saya mahu cari kerja baru susah sebab kes ini masih viral.

    Terdahulu, tindakan seorang lelaki mencampakkan makanan yang dimasak oleh neneknya ke atas lantai mengundang kemarahan wargamaya.

    MENARIK:  Raja Azrey Sedia Platform Eksklusif Untuk Bakat Baharu Menyinar Dalam Dunia Lakonan

    Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak wajar memandangkan makanan merupakan rezeki, selain mengecam tindakannya yang dianggap tidak menghargai masakan neneknya.

    The post Individu Campak Mee Goreng Nenek Masak Mohon Maaf, Mengaku Biadap – ‘Saya Diberhentikan Kerja Sebab Bos Malu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah