Pelakon dan pelawak Ieda Moin menjelaskan isunya yang didakwa menormalisasikan budaya songsang menerusi program audio siar bersama pengacara, Aidid Marcello, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ieda Moin Dedah Hampir Terjerumus Dalam Hubungan Songsang, Syukur Sahabat Jadi Penyelamat
Artikel Berkaitan: Dimasukkan Ke Wad, Ieda Moin Terkejut Bila Doktor Beritahu Ada Penyakit Darah Tinggi
Budaya songsang

Ketika ditemui , Ieda atau nama lengkapnya, Siti Haida Abdul Moin berpendapat, klip suntingan pendek berisiko sehingga menimbulkan kontroversi terhadap dirinya.
Ujarnya lanjut, kebanyakan netizen tidak memahami konteks penuh perbualan kerana hanya menonton menerusi video pendek.
Semasa bercerita, suami dan anak pun ada di depan saya.
Tapi mereka (netizen) hanya tengok klip suntingan pendek dan terus menuduh saya menormalisasikan budaya songsang.
Saya tak pernah galakkan sesiapa melakukan perkara itu. Saya cuma bercerita supaya ia dijadikan iktibar.
Ieda berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama terbaharu Akasia berjudul, Sumpah Ibuku yang diadakan di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.
Berkongsi lebih lanjut, Ieda memaklumkan dia sudah meminta pihak produksi untuk menurunkan video terbabit kerana enggan isu ini makin berlarutan.
Bila komen makin teruk, saya minta Aidid turunkan video itu.
Saya tak mahu ia sampai kepada keluarga dan timbul salah faham.
Sekarang semuanya sudah reda.
Terdahulu, Ieda dianggap membuka aib sendiri apabila berkongsi mengenai pengalaman peribadinya.
Dalam perkembangan lain, Ieda turut menjadi sebahagian besar daripada drama Sumpah Ibuku yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 mulai 19 November 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hanya di slot Akasia TV3.
Penonton juga boleh menonton episod baharu di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store
Bergenre drama kekeluargaan, Sumpah Ibuku menampilkan barisan pelakon ternama tanah air termasuk Remy Ishak, Izara Aishah, Liza Abdullah, Zara Zya, Syad Mutalib dan Syazwan Zulkifly.
The post Ieda Moin Tepis Dakwaan Normalisasikan Budaya Songsang – ‘Saya Cerita Supaya Jadikan Iktibar’ first appeared on OHBULAN!.





