29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hunny Madu Pilih Baju Kurung Klasik Pagi Syawal – ‘Senang Nak Basuh Pinggan & Buat Kerja Dapur’

    Shopee Sale



    Hunny Madu

    Penyanyi Hunny Madu memberitahu dirinya lebih selesa menggayakan busana tradisional atau baju kurung serba ringkas pada hari raya.

    Baju selesa & praktikal

    Hunny Madu

    Mengutamakan pakaian yang praktikal, Hunny atau nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim, 41, berkata, memilih baju kurung yang selesa adalah sangat penting terutama kaum wanita yang perlu membuat kerja di dapur.

    Saya suka gayakan baju kurung yang klasik dan paling penting selesa untuk digayakan pada pagi Syawal. Kalau baju yang pelik, jarang saya nak pakai terutama raya.

    Baju yang saya akan pakai perlu selesa supaya senang nak basuh pinggan dan buat kerja dapur. Saya adalah orang yang sangat ‘simple’.

    Saya tidak akan memilih baju yang susah digayakan sampaikan nak buat kerja dapur pun tak boleh. Saya pula ada tiga anak, nak uruskan mereka lagi.

    Hunny berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di acara kempen raya ‘Syawal Membayu’ yang diadakan di Melawati Mall, baru-baru ini.

    Baju ‘pelik’

    Hunny Madu

    Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, dia hanya akan menggayakan busana ‘pelik’ di acara tertentu mengikut kesesuaian tema.

    Saya mungkin pakai baju yang sedikit ‘extra’ atau pelik apabila menghadiri acara tertentu sahaja. Itu pun tengok kepada tema acara tersebut.

    Tapi bila pakai baju yang pelik ini saya cepat betul rasa tak selesa, rasa tak sabar nak balik rumah dan buka.

    Syawal Membayu

    Melawati Mall

    Bersempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang, Melawati Mall meraikan kempen Raya 2025 dengan ‘Syawal Membayu’ yang mengangkat tema nostalgia dan kemeriahan raya di kampung.

    MENARIK:  Isteri Naz Rahman Berang Dengan ‘Geng’ Remaja Lelaki, Didakwa Kurang Ajar Dengan Ibu Selepas Ditegur Masuk Koc Wanita

    Berbeza dengan sebelum ini yang menampilkan konsep moden, tahun ini menampilkan dekorasi dan program acara yang diinspirasikan oleh keindahan perkampungan nelayan yang kaya dengan tradisi dan warisan budaya.

    Selain membawakan koleksi fesyen terkini seperti Variante, HLA da Omar Ali, Melawati Mall juga menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini.

    Antaranya Persembahan Akordion & Muzik Multikultural, Tarian Tradisional & Demonstrasi Silat dan Bengkel Seni Kanak-Kanak.

    Sepanjang kempen ini, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif serta menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa barang kemas emas eksklusif dengan hanya perlu berbelanja minimum RM1,000 di mana-mana butik atau premis yang mengambil bahagian di Melawati Mall dan menebus koleksi barangan Raya eksklusif di kaunter informasi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah