Baru-baru ini kecoh mengenai hantaran seorang usahawan dan pempengaruh media sosial yang berkongsi pengalamannya melakukan rawatan ‘laser vaginal tightening‘ (mengetatkan otot-otot faraj yang longgar).
Artikel Berkaitan: Netizen Selar Tindakan Sasha Abdul Aziz Kongsi Pengalaman Rawatan Ketatkan Faraj – ‘Awak Tak Sepatutnya Post Benda Ni’
Harus atau haram?

Meninjau sudut pandang hukum Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa prosedur ini melibatkan aspek mengubah ciptaan Allah SWT. Oleh itu, penentuan hukumnya bergantung kepada niat dan tujuan rawatan tersebut dijalankan.
Hukum rawatan ini adalah harus sekiranya ia dilakukan atas dasar keperluan mendesak (daruriyyat atau hajiyyat) yang melibatkan kesihatan dan fungsi tubuh badan yang terjejas.
Antaranya merawat penyakit atau memulihkan fungsi asal organ, memperbaiki kecacatan yang berlaku akibat kesan kemalangan atau mengembalikan bentuk asal organ supaya dapat berfungsi dengan normal semula.
Selain itu, harus sekiranya seseorang itu berdepan masalah kekeliruan antara faraj, masalah saluran kencing atau saluran najis serta khuatir berlaku kelemahan otot – otot faraj dan sesuatu keluar daripada faraj yang boleh membahayakan pasangan.
Manakala hukum rawatan ini menjadi haram sekiranya ia dilakukan semata-mata untuk tujuan kosmetik, kecantikan (tahsiniyyat), meningkatkan kepuasan seksual pasangan atau kerana faktor usia dan kesan bersalin yang bersifat tabii.
Selain melibatkan isu maruah dan aurat, rawatan ini juga haram kerana mengubah ciptaan semula jadi.
Hadis

Penentuan hukum bagi rawatan laser ini bergantung kepada niat individu tersebut. Jika ia sekadar untuk kepuasan nafsu dan kecantikan maka ia dilarang.
Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia atas fitrah itu, Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada penciptaan (fitrah) Allah itu.
Surah al-Rum (30), sebarang prosedur rawatan yang membawa kepada perubahan anggota badan manusia semata-mata untuk kecantikan tanpa keperluan adalah diharamkan oleh syarak.
Allah melaknat wanita-wanita yang bertatu dan wanita yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur bulu kening dan wanita yang meminta mencukur bulu kening dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang (semua itu) mengubah ciptaan Allah (Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA).
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Hukum Rawatan Laser Mengetatkan Faraj, Harus Atau Haram? first appeared on OHBULAN!.





