28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hot FM Catat Rekod Asean, Siaran Langsung Radio Terdalam Di Laut Terbuka

    Shopee Sale

    Stesen radio Hot FM melalui Bekpes Hot melakar sejarah apabila secara rasmi diiktiraf oleh Asean Records sebagai First and Deepest Outdoor Underwater Live Radio Broadcast in Open Sea by Radio Personalities (10 meters depth for 90 minutes).

    Artikel Berkaitan: Netizen Puji Hot FM Putar Lagu ‘Justice For Zara’ – ‘Stesen Lain Patut Ikut, Tanda Solidariti’

    Artikel Berkaitan: Hot FM Kekal Nombor Satu! Media Prima Audio Kembali Unggul, Capai 5.9 Juta Pendengar Mingguan

    Asean records

    Menerusi satu kenyataan, pengarah kandungan kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan berkata cabaran itu membuktikan semangat juang penyampai stesen radio, Khairy Jamaluddin atau KJ, penyampai Johan, AG dan Fara Fauzana.

    Selepas menawan puncak tertinggi di Malaysia, kami mahu mencabar kebiasaan dan kali ini menawan ‘dunia sunyi’ di bawah laut.

    Cabaran ini membuktikan semangat juang, keberanian, dan inovasi yang menjadi DNA Hot FM. Inilah cara kami kekal relevan dan terus dekat di hati peminat.

    Sementara itu, Prof. Madya Dr. Hasrizal Shaari, Pengarah Program UMT, menegaskan bahawa kerjasama ini membuktikan keyakinan industri media terhadap kepakaran UMT dalam bidang kelautan dan sumber marin, khususnya aktiviti selam skuba.

    MENARIK:  [VIDEO] Ammar Alfian Bakal Bersara, Mahu Ubah Karier – ‘Saya Pun Dah Nak Dekat 40’

    Dalam kesempatan itu, Hot FM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik utama, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui UMT Diving School; rakan strategik lain iaitu Venticare Medical (M) Sdn Bhd dan IST Malaysia; serta penaja utama Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd melalui jenama Gardenia Puazz!.

    Kempen ini turut mencatat sejarah di 10 negara Asia apabila buat pertama kalinya siaran radio langsung dari dasar laut menjadi kenyataan.

    Lebih membanggakan, Hot FM turut menurunkan monumen berbentuk mikrofon dan studio mini bawah laut sebagai simbol kejayaan yang secara tidak langsung menyumbang kepada pemeliharaan ekosistem marin.

    Pada pagi Jumaat, KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG menyelam ke dasar laut Pulau Bidong sambil bersiaran secara langsung dan melakukan aktiviti skuba.

    Sumber: Instagram

    The post Hot FM Catat Rekod Asean, Siaran Langsung Radio Terdalam Di Laut Terbuka first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah