33.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu bapa diingatkan agar cakna ‘kawan’ AI anak

    Shopee Sale

    Ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan mengambil tahu sekiranya anak-anak mereka mula menggunakan kecerdasan buatan (AI) sebagai teman berbual atau ‘kawan’, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata meskipun AI boleh membantu dalam pelbagai urusan termasuk mendapatkan maklumat dan pandangan, namun teknologi itu bukan manusia dan tidak seharusnya dianggap sebagai teman, apatah lagi ‘boyfriend’ atau ‘girlfriend’.

    “Yang paling berbahaya ialah AI yang boleh bercakap dengan kita. AI ini boleh bercakap balik dengan kita seolah-olah dia manusia, tetapi bukan manusia. Ia diajar oleh manusia, dengan maklumat daripada manusia.

    “Sekiranya perlukan, dapatkan bantuan atau intervensi di sekolah masing-masing,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

    Fahmi berkata ibu bapa juga perlu memahami bahawa AI boleh memberikan maklumat yang tidak tepat atau hallucinate, selain maklumat yang digunakan oleh sistem berkenaan mungkin tidak semestinya terkini.

    Beliau berkata ibu bapa tidak seharusnya melarang anak-anak menggunakan Internet secara keseluruhannya, sebaliknya memastikan penggunaan dilakukan dengan kawalan dan pemantauan yang sewajarnya.

    Sementara itu, beliau menzahirkan kebimbangan terhadap tahap buli siber dalam kalangan komuniti India, khususnya pengguna berbahasa Tamil dalam sesi Group Live TikTok, yang melakukan siaran langsung sehingga awal pagi.

    Fahmi berkata beliau pernah membangkitkan perkara itu kepada pihak TikTok, khususnya berhubung penggunaan AI bagi tujuan kawal selia kandungan yang didapati kurang memahami nuansa bahasa tertentu.

    MENARIK:  Abang belon akan dibimbing dapat lesen penjaja lepas pulih - PKR

    Beliau berkata isu bahasa tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada AI kerana sistem berkenaan mungkin tidak mampu memahami konteks atau maksud tertentu, termasuk ayat yang digunakan untuk membuli dan memangsakan individu lain.

    Dalam sidang media kemudian, Fahmi berkata pihaknya memberikan masa beberapa bulan kepada platform media sosial untuk memperkemas sistem masing-masing susulan pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC).

    Beliau berkata kedua-dua kod itu telah dimaklumkan kepada pengendali platform media sosial, dan mereka diberikan tempoh untuk memahami serta mengubah suai sistem masing-masing bagi memastikan platform tidak menjadi lubuk jenayah seperti penipuan, perjudian dalam talian, buli siber dan jenayah lain.

    “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini berada di Singapura bagi mengadakan perbincangan dengan platform-platform termasuk YouTube berhubung penerimaan dan pelaksanaan CPC serta RMC.

    “Bila kedua-dua kod ini terpakai sepenuhnya, maka platform sekiranya mereka gagal boleh dikenakan tindakan mahkamah dengan denda yang sangat tinggi,” katanya.

    Konvensyen anjuran Yayasan GoStrong Malaysia dengan kerjasama MCMC itu, menghimpunkan hampir 500 peserta terdiri daripada ibu bapa, guru, kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pentadbir sekolah, wakil agensi kerajaan, rakan strategik serta komuniti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah