Pelakon dan pengacara, Janna Nick menegur sikap segelintir masyarakat mempersoal penggunaan tampon yang didakwa boleh memberi kesan kepada selaput dara.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Menilai Fizikal Orang Lain, Kita Tak Tahu Kesusahan Yang Mereka Lalui’ – Janna Nick
Pemakaian tampon

Menerusi hantaran di Threads, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, menjelaskan bahawa tampon yang digunakan untuk menyerap darah haid adalah bersaiz kecil.
Kecoh betul la pasal selaput dara / hymen. Video pasal cara nak guna tampon je pun.
Tampon tu senipis cotton pad je la bukan sebesar batang timun.
Dalam masa sama, Janna berkata, keadaan selaput dara adalah berbeza bagi setiap wanita dan tidak semestinya terkoyak selepas melakukan hubungan seksual.
Tambah Janna, terdapat juga segelintir wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seksual namun, tetap mengalami perubahan pada selaput dara mereka.
Orang yang dah kawin pun ada selaput dara tak pecah pecah.
Yang tak pernah bersetubuh pun ada je selaput dara terpecah sendiri.
Jangan obses sangat dengan selaput dara boleh?
Terdahulu, video Janna bersama pempengaruh Kasih Leona yang berkongsi mengenai pemakaian tampon telah menerima pelbagai reaksi warganet.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa gusar selaput dara akan mudah terkoyak jika memakai tampon.
Sumber: Threads
The post Janna Nick Tegur Netizen Kaitkan Penggunaan Tampon Dengan Selaput Dara – ‘Ia Senipis Cotton Pad Sahaja’ first appeared on OHBULAN!.





