32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Visual ‘Pemuja Syaitan’ Gelap, Liyana Jasmay Mohon Maaf – ‘Isu Teknikal Dah Diselesaikan, Itu Semua Salah Saya’

    Shopee Sale

    Pengarah filem Pemuja Syaitan, Liyana Jasmay memohon maaf kepada penonton susulan masalah teknikal yang menjejaskan tayangan filem berkenaan pada hari pertama di pawagam.

    Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Dedah ‘Pemuja Syaitan’ Terinspirasi Daripada Filem Slasher Era 2000-an – ‘Jarang Filem Malaysia Buat Genre Ini’

    Artikel Berkaitan: Pemuja Syaitan Bakal Tayang 15 Oktober, Himpunkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar & Aila Azizul

    Visual Pemuja Syaitan ada masalah teknikal

    View on Threads

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Liyana mengakui masalah tersebut berpunca daripada kesilapannya sendiri sehingga menyebabkan visual filem itu kelihatan gelap dan terdapat babak yang sukar dilihat.

    Salah saya sebab saya terlalu yakin saya ingatkan visual saya dah sempurna.

    Saya cuma nak minta maaf kepada yang dah tonton sebab kesalahan tu memang sangat besar.

    Liyana turut meluahkan rasa sedih kerana hasil yang dipaparkan kepada penonton tidak seperti yang dirancang, lebih-lebih lagi apabila filem itu merupakan karya sulungnya sebagai pengarah.

    Ini adalah filem pertama saya dan macam-macam dugaan yang saya hadapi dan saya mempunyai masalah teknikal.

    Liyana turut memaklumkan bahawa segala masalah teknikal berkenaan telah diselesaikan.

    Semua teknikal isu dah saya selesaikan. Insya-Allah, yang tonton hari ini dan seterusnya akan dapat lihat visual yang sebetulnya.

    Saya minta maaf untuk yang tonton semalam dan pada malam gala di atas isu teknikal yang terjadi. Itu semua salah saya, I take full accountability.

    Pada masa sama, Liyana berharap orang ramai terus memberikan sokongan kepada filem Pemuja Syaitan.

    Pemuja Syaitan merupakan karya sulung Liyana sebagai pengarah filem cereka dan menampilkan barisan pelakon seperti  Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan. 

    MENARIK:  ‘Alphanite Adalah Nyawa Alpha’ – Rizal Rasid

    Turut membintanginya ialah Ellyza Azizi, Dhabita Auji, Aida Amron, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Rosdeen Suboh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay dan Marsha Biddulph.

    Filem ini diterbitkan oleh Mermaid Studios dan Suraya Filem Production & Distribution, dengan Skop Productions Sdn Bhd sebagai rakan pengedaran dan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran.

    Filem bergenre seram dan thriller itu mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekolah yang kembali berkumpul di sebuah pulau sebelum penemuan kapsul masa membawa mereka berdepan rahsia dan kejadian misteri.

    Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober ini.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Visual ‘Pemuja Syaitan’ Gelap, Liyana Jasmay Mohon Maaf – ‘Isu Teknikal Dah Diselesaikan, Itu Semua Salah Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah