29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Bapa Pergi Sarapan, Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 5 Hotel

    Shopee Sale

    Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari balkoni bilik di tingkat lima sebuah hotel di Kalimantan Timur, Indonesia, pada Rabu.

    Kanak-kanak maut tergelincir dari bilik

    Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai RK berada di dalam bilik bersama adiknya, manakala kedua-dua ibu bapanya sedang bersarapan di restoran hotel berkenaan.

    Ketua Polis Sektor Samarinda Ulu, AKP Asriadi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

    Ya, betul. Pintu (balkoni) memang tidak berkunci dan terbuka.

    Asriadi menjelaskan, pihak polis turut meneliti aspek keselamatan di kawasan balkoni yang dilengkapi pagar pembatas serta papan tanda peringatan supaya tetamu tidak berada di tepi pagar, termasuk duduk di atasnya.

    MENARIK:  [VIDEO] Atiq Azman Tamat Zaman Bujang, Sah Bergelar Suami Alia Natasha – ‘Hai Isteriku’

    Bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat punca sebenar kejadian bagi menentukan sama ada insiden itu merupakan kemalangan atau melibatkan unsur kecuaian mahupun kesalahan jenayah lain.

    Beberapa individu telah dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk ibu bapa mangsa, pengawal keselamatan dan kakitangan hotel.

    Tambah Asriadi, keluarga mangsa dipercayai merupakan penduduk Samarinda yang menginap di hotel berkenaan bagi meraikan hari lahir ahli keluarga mereka.

    Namun, pihak polis belum memberikan maklumat lanjut mengenai tujuan keluarga itu menginap di hotel tersebut kerana siasatan tertumpu kepada punca mangsa terjatuh.

    Sumber: News Detik

    The post Ibu Bapa Pergi Sarapan, Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 5 Hotel first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah