Pelakon Puteri Aishah merancang percutian bersama adik perempuannya selepas selesai menjalani penggambaran, sekali gus meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.
Artikel Berkaitan: Puteri Aishah Luang Lebih Masa Dengan Keluarga, Hargai Setiap Momen Bersama – ‘Saya Sayang Mereka Sepenuh Hati’
Artikel Berkaitan: ‘Nabila Huda Sangat Berbakat, Miliki Aura Pentas Yang Kuat’ – Puteri Aishah
Bercuti bersama adik

Ketika ditemui , Puteri, 32, berkata, adiknya merupakan satu-satunya ahli keluarga yang masih belum berkahwin dan menjalani kehidupan bersendirian selepas pemergian ibu mereka.
Tambah Puteri, dia sentiasa mengambil berat tentang keadaan adiknya namun komitmen sebagai seorang isteri dan ibu menyebabkan masa untuk bersama adik tidak lagi seperti dahulu.
Dalam keluarga saya, dia saja yang belum kahwin lagi.
Lepas mama meninggal, dia sorang-sorang. Kami semua dah kahwin kan, jadi ada keluarga.
Saya selalu juga tengokkan dia. Tapi tak pernah betul-betul ada untuk dia.
Lagi-lagi bila saya dah ada anak sekarang. Tak boleh nak suka hati tidur rumah adik.
Puteri berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengambaran drama TV3, Perempuan Sesudah Lafaz di UniKL, pada Rabu.
Berkongsi lebih lanjut, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu turut menzahirkan rasa syukur kerana mendapat izin suami untuk meluangkan masa bersama adiknya menerusi percutian yang telah dirancang.
Suami pun dah bagi izin untuk kami pergi bercuti. Ini kali pertama yang saya boleh ada untuk dia selama 24 jam.
Lepas habis penggambaran ini, baru kami akan pergi.
Imbas kembali, Puteri Aishah berkongsi berita pemergian ibu tercinta, Norita Sulaiman menerusi Instagram selepas Allahyarhamah berjuang melawan penyakit kanser selama 10 tahun.
The post [VIDEO] Selepas Pemergian Ibu, Puteri Aishah Rancang Bawa Adik Bercuti – ‘Saya Tak Pernah Betul-Betul Ada Untuk Dia’ first appeared on OHBULAN!.





