Personaliti media sosial, Zhiddin Aziz, memberikan pendapatnya tentang juadah warisan tempatan dengan makanan Barat.
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Dakwa Kontroversi Artis Hanya Sandiwara? – ‘Adakah Kehidupan Begitu Terdesak Sehingga Maruah Dijadikan Taruhan’
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Bidas Netizen Persoal Perkataan ‘Rembayung’ – ‘Kedai Yang Ada Kesalahan Ejaan Mereka Sunyi Pula’
Masakan warisan
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Zhiddin atau nama lengkapnya Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Aziz, mendakwa makanan popular Malaysia iaitu nasi lemak telah hilang keasliannya apabila ada segelintir individu bertindak menukar bahan asal.
Nasi lemak dah banyak hilang identiti. Nasi putih tak dimasak dengan santan pun masih dipanggil nasi lemak.
Zhiddin juga meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang dilihat lebih lantang mempertahankan makanan luar berbanding juadah sendiri.
Tambah Zhiddin, situasi itu seolah-olah menunjukkan mereka lebih sensitif terhadap hidangan Barat, namun tidak mempedulikan apabila identiti makanan tradisi diubah sesuka hati.
Aneh, tak kedengaran pula siapa yang bangun menegur.
Tapi bila makanan Barat tersilap sedikit, dia paling cepat menjadi penjaga warisannya.
Yang luar kita pertahankan penuh wibawa, yang dalam kita biarkan penuh makna.
Hilang identiti


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Zhiddin dan menegaskan bahawa cita rasa tradisi sewajarnya dijaga berbanding makanan dari negara lain.
Sumber: Threads
The post ‘Nasi Lemak Hilang Identiti Tiada Yang Tegur, Tapi Bila Makanan Barat.. Dia Paling Cepat Menjaga’ – Zhiddin Aziz first appeared on OHBULAN!.





