Penyanyi Black Hanifah bakal berkongsi perjalanan seni dan kisah jatuh bangunnya dalam industri hiburan menerusi persembahan eksklusif Nyawa by Black Hanifah di Grand Alora Hotel, Kedah pada November ini.
Artikel Berkaitan: Black Hanifah ‘Hadiahkan’ Konsert Ekslusif ‘Nyawa’ Khas Buat 600 Peminat Sempena 17 Tahun Dalam Industri
Artikel Berkaitan: Kenal Sejak Awal Kerjaya, Black Hanifah Hargai Persahabatan Dengan Hazama
Jalan cerita sebagai anak seni – Black Hanifiah

Selain menghiburkan penonton dengan lagu-lagu popularnya, Black turut merancang untuk memperkenalkan karya muzik terbaharu secara eksklusif kepada mereka yang hadir.
Persembahan ini juga membawa konsep berbeza apabila muzik digabungkan dengan elemen visual bagi menghidupkan penceritaan tentang perjalanan seni penyanyi berkenaan.
Tidak seperti konsert berskala besar, Nyawa menawarkan suasana lebih intim dengan kapasiti penonton yang terhad. Pendekatan itu membolehkan peminat menikmati persembahan Black dalam suasana yang lebih dekat.
Kehadiran Nyawa di Kedah pula menyusul selepas penganjuran edisi pertamanya sebelum ini. Langkah tersebut turut membuka peluang kepada peminat di wilayah utara untuk merasai sendiri pengalaman yang ditawarkan.
800 Peminat Black Hanifiah

Pihak penganjur menyasarkan lebih 800 pengunjung, termasuk peminat setia Black, golongan belia dan pencinta muzik tempatan.
Jika sambutan menggalakkan, konsep persembahan ini turut dirancang untuk dibawa ke beberapa lokasi lain di seluruh negara.
Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan berkenaan, maklumat lanjut mengenai tiket boleh didapati menerusi laman web jualan rasmi yang disediakan oleh penganjur.
The post Black Hanifah Bukan Sekadar Menyanyi, Bakal Kongsi Kisah Peribadi Dalam ‘Nyawa’ first appeared on OHBULAN!.





