26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hebat Anak Mama, Pandai Bawa Diri Tanpa Harapkan Sesiapa’ – Abby Abadi Puji Marissa Dania

    Shopee Sale



    Marissa Dania

    Pelakon Abby Abadi mengakui bangga melihat anaknya, Marissa Dania yang semakin matang dan bijak mengurus kehidupan.

    Pandai berdikari

    Marissa Dania

    Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, turut berasa gembira apabila Marissa sudah mula berniaga dan mempunyai produk keluaran miliknya sendiri.

    Hebat anak mama, nampak sangat berdikari. Pandai bawa diri tanpa mengharapkan sesiapa. Dari tidak tahu serba-serbi sampai dah ada produk sendiri. Pandai buat ‘live’ dah sekarang.

    Samalah macam mama pun, lambat pandai guna TikTok, sebab rasa segan nak buat ‘live’. Takut rasa syok sendiri. Namun, jalani saja dan kuatkan diri. Kita semua boleh.

    Abby berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

    MENARIK:  Video: Fathia Latiff Mengakui Masih Memendam Dendam Terhadap Dua Orang Bodoh Ini

    Dalam perkongsian sama, Abby meminta orang ramai supaya mendoakan urusannya sekeluarga dipermudahkan untuk mencari rezeki.

    Semoga ada jalan yang baik untuk kami mencari rezeki. Doakan yang baik-baik ya. Mana yang kurang, harap diberi peluang.

    Sementara itu, Abby turut memberitahu akan mengeluarkan sebuah produk menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah