Sun Life Malaysia, penyedia insurans hayat dan takaful terkemuka mengumumkan kepulangan kempen komuniti, Baju Raya Lama Baharu.
‘Baju Raya Lama Baharu’

Inisiatif ini bertujuan memberi nafas baharu kepada pakaian perayaan terpakai sekali gus menceriakan sambutan Aidilfitri buat 300 penerima yang terdiri daripada penghuni rumah warga emas, rumah anak yatim dan golongan ibu tunggal.
Kejayaan tahun lalu yang berjaya dengan kutipan lebih 2,000kg pakaian untuk 100 kanak-kanak telah mendorong Sun Life Malaysia untuk meluaskan jangkauan kempen kali ini. Selain Lembah Klang, kempen tahun ini turut diperluaskan ke Pulau Pinang dan Johor.
Bagi mengukuhkan logistik dan pengurusan, kempen kali ini menyambut FedEx sebagai rakan logistik baharu, di samping mengekalkan kerjasama sedia ada bersama AEON BiG (sebagai pusat pengumpulan) dan KLOTH Cares (bagi urusan pengisihan pakaian).
Presiden dan Ketua Negara Sun Life Malaysia, Ho Teck Seng, menyatakan komitmen syarikat dalam membantu masyarakat melalui tindakan kolektif yang bermakna.
Sebagai syarikat insurans dan takaful yang ada matlamat jelas, Sun Life Malaysia nak bantu pelanggan kami rasa selamat dari segi kewangan sampai bila-bila dan hidup lebih sihat. Kempen Baju Raya Lama Baharu ni bukti yang kami percaya, kalau kita buat benda kecil sama-sama, impaknya memang besar.
Tiap-tiap tahun, banyak baju raya terpakai tersimpan dalam almari sebab tak tahu nak buat apa dengan baju tu.
Bila kita beri baju ini sebenarnya bantu lebih ramai orang sambut Raya dengan penuh bermaruah dan kurangkan pembaziran.
Duta Jenama Sun Life Malaysia, Alif Satar meluahkan rasa bangga selain memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif ini.
Sebagai seorang bapa dan sebahagian daripada masyarakat kita, saya percaya benda yang paling best pasal Raya ni adalah semangat berkongsi.
Nampak macam kecil je bila kita dermakan baju raya yang kita dah tak pakai, tapi bila kita buat ramai-ramai, ia sebenarnya memberi keselesaan dan kegembiraan buat mereka yang memerlukan.
Sementara itu, Nazwan Effendy Choong, Ketua Pemasaran AEON BiG memaklumkan pihak AEON BiG dan FedEx juga menzahirkan rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada kempen ini.
Lepas tengok sambutan yang cukup memberangsangkan raya tahun lepas, AEON BiG berbesar hati dapat sambung lagi kerjasama dengan Sun Life Malaysia.
Melalui inisiatif ini, kita dapat bagi ‘nyawa baru’ pada baju-baju raya yang orang ramai dermakan kat cawangan AEON BiG, sekali gus bawa kegembiraan buat komuniti yang memerlukan.
ami percaya, kalau benda kecil pun kita buat sama-sama, impaknya memang akan kekal lama.
Manakala Tien Long, Pengarah Urusan FedEx Malaysia, menambah kerjasama dengan Sun Life menunjukkan komitmen berterusan FedEx untuk menyumbang semula dan memperkasakan komuniti.
Berpegang kepada matlamat kami untuk menghubungkan orang ramai dengan pelbagai peluang, kami sentiasa cuba untuk bantu masyarakat dan naikkan lagi semangat memberi.
Lokasi kutipan

Bermula sekarang sehingga 31 Mac 2026, orang ramai boleh menyumbangkan Baju Melayu, Baju Kurung, dan Samping (pelbagai saiz dan warna) di 18 tong pengumpulan khas yang terletak di Cawangan AEON BiG terpilih, Pejabat Sun Life Malaysia dan Lokasi FedEx terpilih.
Pastikan semua pakaian yang disumbangkan adalah bersih dan berada dalam keadaan baik untuk dipakai semula.
Pihak penganjur akan menguruskan proses pengisihan dan pembersihan sebelum diagihkan kepada penerima sebelum menjelangnya hari raya.
The post Sun Life Malaysia Perluas Kempen ‘Baju Raya Lama Baharu 2.0’, Sasar 300 Penerima Manfaat first appeared on OHBULAN!.





