34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harissa Adlynn Suka Sambal Taun, Teruja Sambut Aidilfitri Di Pahang – ‘Boleh Berkumpul & Bergelak Ketawa Bersama Saudara-Mara’

    Shopee Sale



    Pelakon meningkat naik, Harissa Adlynn meluahkan rasa terujanya untuk menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini bersama keluarga besarnya di Kuantan, Pahang.

    Teruja nak jumpa saudara-mara

    Ketika ditemui , Harissa atau nama lengkapnya Harissa Adlynn Abdul Halim berkata, momen yang paling istimewa dan ditunggu adalah untuk berkumpul dan bergelak ketawa bersama saudara-mara di malam raya.

    Lebih menerujakan Harissa apabila dapat menjamu makanan kesukaannya iaitu sambal taun.

    Tahun ini saya akan beraya di Pahang bersama ibu dan ahli keluarga yang lain.

    Apa yang istimewa beraya di Pahang adalah saya suka sangat makan sambal taun.

    Dan tak tahu kenapa, saya sangat sukakan sambutan Aidilfitri sebab masa itulah saya boleh lupakan sekejap tentang kerja dan jadi diri sendiri bila dengan keluarga.

    Bila malam pula boleh berkumpul dan bergelak ketawa dengan saudara mara, jadi momen itu sangat istimewa buat saya.

    Harissa berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada satu majlis berbuka puasa anjuran ASIA bertempat di Shah Alam, baru-baru ini.

    MENARIK:  Cik Epal Serah Notis Komital Kepada Jofliam – ‘Aku Dah Serahkan Benda Yang Kau Nak Sangat’

    Beli baju ‘ready to wear’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Harissa Adlynn Halim (@harissaadlynnhalim)

    Berkongsi mengenai persiapan raya, pelakon drama ‘Iskandar Chempaka’ ini berkata, tahun ini merupakan kali pertama dirinya mengenakan busana raya ‘ready to wear’.

    Kelainan raya pada tahun ini ialah saya akan beraya buat kali pertama dengan memakai baju ‘ready to wear’.

    Saya beli baju ‘ready to wear’ sebab tak ada masa nak buat baju.

    Sebelum ini baju raya saya semuanya ditempah sejak saya kecil dan setiap tahun kalau ibu saya buatkan baju, dia suka tempah yang ketat-ketat sampaikan saya susah nak duduk dan makan bila beraya.

    Jadi, tahun ini saya beli baju raya yang besar dan berpesak terus, tak ada dah baju yang ketat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah