30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Wanita Perlu Ada Pendapatan & Berdikari’ – Nadia Marni

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan, Datuk Nadia Marni berpendapat wanita masa kini perlu mempunyai kekuatan sendiri termasuk dari segi kewangan agar mampu menjalani kehidupan dengan lebih stabil dan terjamin pada masa depan.

    Artikel Berkaitan: Usanita Lancar ‘Affiliate Wanita Berjaya’, Transformasi Digital Untuk Kaum Hawa Jana Pendapatan

    Wanita & pendapatan sendiri

    Menurut Nadia, setiap wanita perlu berani mencipta sumber pendapatan sendiri serta tidak terlalu bergantung sepenuhnya kepada orang lain kerana kehidupan boleh berubah tanpa diduga pada bila-bila masa.

    Mengambil pengalaman hidupnya sendiri sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Nadia, 42, mengakui kehidupan boleh berubah tanpa diduga sehingga membuatkan seseorang perlu sentiasa bersedia dari segi emosi dan kewangan.

    Selain aktif dalam bidang perundangan sebagai kerjaya profesional, Nadia juga turut mengembangkan perniagaan dalam beberapa cabang lain termasuk bidang fesyen yang menjadi antara fokus utamanya ketika ini.

    Menurutnya, wanita tidak seharusnya terlalu selesa bergantung sepenuhnya kepada orang lain kerana setiap individu perlu mempunyai kekuatan dan kemampuan sendiri untuk meneruskan kehidupan.

    Bagi saya, wanita memang perlu ada pendapatan dan berdikari. Bukan sebab kita tak boleh bergantung kepada lelaki, tetapi hidup ini macam-macam boleh jadi.

    Kadang-kadang bila terlalu bergantung dan tak bekerja, apabila berlaku sesuatu seperti perceraian atau jodoh tak panjang, ketika itu kita mula rasa susah untuk bangkit semula.

    Dalam masa sama, Nadia percaya golongan wanita moden perlu lebih berani mencuba pelbagai bidang termasuk dunia perniagaan kerana ia mampu membuka lebih banyak peluang untuk masa depan.

    Tambahnya lagi, membina keyakinan diri juga merupakan antara perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap wanita supaya mereka tidak takut untuk bermula dari bawah atau keluar dari zon selesa.

    MENARIK:  [VIDEO] Datuk Red Dedah Ada Lelaki Lain Cuba Dekati Adira – ‘Orang Tu Berkemampuan, Saya Tidak’

    Perkongsian tersebut dibuat ketika berlangsungnya Majlis Intimate Hi Tea Maharani x Artelia yang diadakan di Artelia Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Ibu dan Aidiladha, baru-baru ini.

    Kerjasama

    Sementara itu, sebagai pengasas jenama Maharani, Nadia memaklumkan hubungan kerjasama bersama Artelia sebenarnya sudah lama terjalin memandangkan kedua-dua pihak sering bekerjasama dalam beberapa projek sebelum ini.

    Hari ini sebenarnya lebih kepada majlis santai dan intimate bersama kawan-kawan rapat sempena Hari Ibu dan Aidiladha.

    Sambil makan-makan dan bersembang, kami juga berkongsi idea perniagaan dan perancangan masa depan.

    Turut sama menjayakan acara tersebut ialah Pengarah Artelia, Mereen Teo yang mendedahkan bahawa kedua-dua jenama bakal hadir dengan lebih banyak koleksi kolaborasi eksklusif selepas ini.

    Antara produk yang pernah dihasilkan menerusi kerjasama tersebut termasuk sarung bantal dan table runner eksklusif yang menerima sambutan luar biasa daripada pelanggan sehingga habis terjual dalam tempoh singkat.

    Kami sendiri tak sangka sambutannya sangat baik walaupun koleksi itu tidak dipromosikan secara besar-besaran.

    Selepas ini, akan ada lagi siri dan koleksi baharu pada masa akan datang.

    Bukan sekadar acara santai, majlis tersebut turut menjadi simbol penghargaan terhadap wanita selain meraikan elemen keanggunan dan gaya hidup elegan yang sinonim dengan identiti Maharani dan Artelia.

    The post [VIDEO] ‘Wanita Perlu Ada Pendapatan & Berdikari’ – Nadia Marni first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah