
Pempengaruh terkenal, Cik Epal memaklumkan telah menyerahkan notis tunjuk sebab komital kepada bekas suaminya, Jofliam.
Tunaikan permintaan

Menerusi hantaran di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berkata dia menunaikan permintaan Jofliam yang sebelum ini pernah meminta notis tunjuk sebab komital untuk bertemu dengan anak-anaknya.
Difahamkan, peguamnya telah bertindak untuk memfailkan notis tunjuk komital selepas Jofliam tidak membenarkannya mengambil anak pada 29 Disember tahun lalu.
Bercerita lanjut, Cik Epal berkata draf tersebut telah diluluskan mahkamah pada 7 Mac dan peguamnya juga telah menyerahkan notis terakhir kepada pihak sebelah sana.
Mungkin dia akan cakap tidak valid lagi. Banyak lagi benda aku tengah lawan, sabar sahaja.
Pada awal Mac, Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar menghalang Cik Epal untuk bertemu dengan anak-anaknya dan enggan menyerahkan mereka kepada pempengaruh itu.
Jofliam turut meminta Cik Epal untuk memfailkan permohonan komital.
Komen netizen






