25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pernah Dianggap Beban, Daiyan Trisha Tak Putus Semangat & Berhasil Jana Pendapatan Jutaan Ringgit Dengan Usaha Sendiri

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mencuri perhatian selepas berkongsi satu memori pahit yang pernah diterimanya daripada pihak pengurusan lama.

    Artikel Berkaitan: ‘Allah Mungkin Nak Saya Layak Dapat Yang Baik’ – Daiyan Trisha

    Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Tak Malu Miliki Tangan Macam Orang Tua – ‘Ia Mengingatkan Kepada Ibu Saya’

    “Beban”

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Daiyan, 32, berkata walaupun perkara itu berlaku 10 tahun lalu, dia masih mengingati setiap kata-kata yang dilontarkan kepadanya.

    Kata Daiyan, tohmahan yang diterimanya itu tidak mematahkan semangat, malah dia kini berjaya meraih jutaan ringgit tanpa bergantung kepada mana-mana label.

    Tidak mengapa kalau awak tak mahu kami uruskan awak lagi, sekurang-kurangnya kurang sikit beban kami.

    “Beban” ini kemudiannya berjaya meraih jutaan ringgit dengan menguruskan dirinya sendiri dan mengendalikan syarikat pengurusannya sendiri.

    Daiyan berkongsi perkara itu selepas membalas hantaran seorang individu yang meminta untuk berkongsi ayat yang paling sakit yang pernah diterima daripada orang.

    MENARIK:  Mi Sedaap Masuk Hock Kee! Perkenalkan Menu Kolaborasi ‘Limited Time’, Siap Ada Satay Lagi

    Perkongsian itu kemudian menyorot perhatian yang rata-ratanya tampil memberi sokongan kepada Daiyan.

    Sumber: Threads

    The post Pernah Dianggap Beban, Daiyan Trisha Tak Putus Semangat & Berhasil Jana Pendapatan Jutaan Ringgit Dengan Usaha Sendiri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah