29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafreez Adam Enggan Dedah Nama Aktres Popular Berhati Baik – ‘Tidak Perlu Sahkan Siapa’

    Shopee Sale

    Pelakon, Hafreez Adam enggan mendedahkan lanjut mengenai nama seorang aktres popular yang disebutkan dalam perkongsian Threadsnya, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Hafreez Adam Dedah Sifat Baik Pelakon Wanita – ‘Saya Hanyalah Nobody Pada Ketika Itu, Tapi Dia Pilih Berbuat Baik’

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Azar Azmi Kembali, Kita Sambut’ – Hafreez Adam

    Tidak mahu dedah nama

    Ketika ditemui , pemilik nama Hafreez Adam Aizat Zahalan memilih untuk berdiam diri namun percaya ramai yang sudah tahu siapa yang dimaksudkannya.

    Saya mengesahkan kejadian yang berlaku itu tetapi memilih untuk tidak mendedahkan nama aktres popular tersebut.

    Saya rasa tidak perlu untuk sahkan siapa artis itu kerana mesej yang saya nak sampaikan dalam perkongsian itu adalah sebenarnya ramai orang yang buat baik tapi simpan.

    Pada pandangan saya secara peribadi orang yang buat baik secara senyap ini adalah orang yang paling ikhlas.

    Hafreez berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan istimewa (watch party) drama Rumah Tanpa Luka yang berlangsung di Putrajaya pada hari Khamis.

    Niat hanya berkongsi

    Ketika ditanya sama ada aktres yang dimaksudkan ialah Nur Fazura seperti yang disebut netizen, Hafreez berkata ia bergantung kepada pandangan masing-masing.

    MENARIK:  [VLOG] Ally Iskandar Berucap di Majlis Resepsi Farah Lee – 'Rasa Syukur & Kegembiraan yang Tidak Terhingga'

    Malah, Hafreez yakin individu itu sudah pun mengenal pasti bahawa sifat-sifat positif yang dikongsikannya itu merujuk kepada dirinya.

    Saya percaya aktres itu tahu itu adalah dirinya yang dimaksudkan dalam perkongsian itu.

    Saya tidak mahu dedahkan namanya kerana mesej utama adalah untuk orang pandang pada kebaikan dilakukannya.

    Setiap kali saya berjumpa dengannya memang dia (aktres) akan cakap benda yang baik saja.

    Saya tak pernah jumpa dia cakap benda yang tidak baik dan kenapa orang tidak pandang perkara itu kerana itu adalah kelebihan dirinya.

    Sebelum ini, Hafreez berkongsi pengalaman manis ketika bertemu dengan seorang aktres wanita popular pada awal kemunculannya dalam bidang seni.

    Dalam hantaran itu, Hafreez memuji sikap rendah diri dan kebaikan aktres itu ketika di set penggambaran.

    Bagaimanapun, warganet di ruangan komen memetik nama aktres Nur Fazura sebagai individu yang dimaksudkannya.

    The post Hafreez Adam Enggan Dedah Nama Aktres Popular Berhati Baik – ‘Tidak Perlu Sahkan Siapa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah