
Seperti yang kita tahu, usahawan sensasi iaitu Hafiz Mahamad gemar untuk bersedekah dan membantu yang memerlukan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.
Sedar tak sedar, tahun ini merupakan tahun yang keempat usahawan tersebut menaja perkhidmatan bas buat mereka yang memerlukan untuk pulang ke kampung halaman.
Ikhlas kerana Allah

Terbaharu, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad memaklumkan bahawa dirinya sudah pun membayar 10 buah bas buat mereka yang memerlukan menerusi satu hantaran di TikTok.
Menurut Hafiz, di kala ramai orang yang teruja untuk membeli pakaian baharu, masih ada insan yang tidak berkemampuan untuk pulang ke desa menyambut Aidilfitir bersama sanak-saudara yang lain.
Saya dah bayarkan 10 buah bas untuk anda yang memerlukan balik beraya di kampung dan tahun ini merupakan tahun yang keempat kita ‘sponspor’.
Kita buat ini sebab masih ada di kalangan kita yang tak fikirkan pasal baju raya sebaliknya mereka fikir, ‘Cukup tak duit nak beli tiket untuk balik raya nanti?’
Tambah Hafiz, sekiranya 10 buah bas itu tidak mencukupi, dia bercadang untuk membayar beberapa buah bas lagi bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan.
Kalau terlalu ramai dan tiket habis, insya-Allah saya akan tambah bas lagi.
Harap dapat membantu ramai sahabat yang memerlukan, jangan cancel sat akhir dan book main main, kesian saya nanti.
Di akhir hantaran tersebut, Hafiz berharap wargamaya mendoakan agar perniagaannya terus maju supaya dirinya dapat terus membantu mereka yang memerlukan.
Awak semua doakan saya supaya rezeki melimpah ruah dan harap anda semua gembira.
Saya ikhlaskan dan niatkan apa yang saya buat ini kerana Allah, semoga kita terus bersahabat baik. Kejayaan demi kebahagiaan.





