29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafidz Roshdi Sedia Berlakon Semula – ‘Selagi Ada Tawaran & Permintaan, Saya On Saja’

    Shopee Sale



    Pelakon Hafidz Roshdi bersedia untuk kembali berlakon selepas lebih setahun menyepi kerana kes pukul melibatkan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada.

    Sedia kembali

    Ketika ditemui OhBulan, pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi, 31, berkata dia memasang hasrat untuk kembali berlakon selagi ada tawaran yang diberikan kepadanya.

    Selagi ada tawaran, selagi pihak produksi masih mahukan saya dan ada permintaan, saya on sahaja.

    Itu memang saya minat daripada dulu kerana itu adalah karier saya.

    Dalam pada itu, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu juga mengakui masih lagi menerima tawaran daripada pihak produksi walaupun kes melibatkannya masih lagi berjalan sebelum ini.

    Kata Hafidz, kes itu tidak mengganggu kerjaya seni namun bimbang dengan persepsi netizen terhadap dirinya.

    Dari segi kerjaya saya masih lagi menerima tawaran.

    Penerbit masih beri tawaran kepada saya, cuma saya je yang ragu-ragu sebab kes saya masih berjalan.

    Saya tidak mahu disebabkan saya berlakunya pelbagai kontroversi tercetus dan perkara tidak baik berlaku sebab saya sendiri.

    Persepsi netizen

    Mengulas mengenai persepsi netizen, Hafidz berkata dia sering menerima kecaman buruk walaupun sebelum kes itu berlaku kerana perceraiannya bersama Shuhada.

    Sebelum kes ini pun saya masih menerima persepsi buruk.

    Selepas kes ini selesai, saya harap semua kecaman dan persepsi itu dihentikan.

    Sebelum ini, Hafidz pernah mendedahkan tidak mendapat tawaran berlakon dan mengambil keputusan untuk bekerja sebagai penghantar barang dengan sebuah syarikat kurier untuk memperolah pendapatan demi kelangsungan hidup.

    MENARIK:  Kubur Nurly Shahirah Terpaksa Dipagar, Didakwa Berlaku Amalan Kurafat

    Terdahulu, mahkamah hari ini memerintahkan Hafidz dilepaskan dan dibebaskan selain jaminan akan dikembalikan berkaitan kes pukul bekas isteri iaitu Nurul Shuhada.

    Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada Julai tahun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah