Kubur pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak iaitu Nurly Shahirah Azman, 23, terpaksa dipasang tali penghadang.
Artikel Berkaitan: Sepupu Zoey Rahman antara mangsa nahas bas UPSI
Artikel Berkaitan: ‘Dari Terengganu Ke UPSI, Mereka Berjihad Ke Jalan Allah’
Amalan kurafat

Menerusi hantaran di Facebook, seorang individu yang dikenali sebagai Ahmad Nazrul berkata, tindakan itu dibuat disebabkan didakwa terdapat aktiviti bertentangan agama yang dilakukan segelintir pihak ketika datang menziarah.
Tali penghadang telah siap dipasang di sekitar kubur Nurly. Tali ini dipasang sendiri oleh ahli keluarga Nurly. Tidak dibenarkan sesiapa sahaja melintasi tali pengadang ini.
Pihak Pejabat Agama daerah Besut akan mengambil tindakan tegas kepada mana mana individu yang melakukan sebarang perbuatan yang tidak sepatutnya di kawasan kubur ini.
Tambah Nazrul, rondaan pada sebelah malam juga akan dilakukan untuk memantau keadaan kubur arwah.
Rondaan malam juga akan dilakukan dari masa ke semasa.
Sebelum ini, Nazrul mendakwa terdapat amalan kurafat yang dilakukan segelintir individu ketika datang menziarah kubur arwah Nurly.
Ada yang ambil tanah kubur masukkan dalam poket dan plastik. Ada yang ambil tanah kubur kemudian sapu pada muka anak. Bukan semua, tapi ada.
Pada 9 Jun lalu, seramai 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak.
Selain Nurly Shahirah, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu turut meragut nyawa Sufea Adela Maslihaizan, 21, Mohammad Aqil Taqiudin, 21, Anis Soffiyya Md Zaidi, 20, Nur Ainul Qistina Mat Ali, 21, Muhammad Adib Hazim Halim, 21, dan Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22.
Turut meninggal dunia Fakhrul Arif Rosdi, 20, Nurul Fatihah Abu Setaman, 22, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma, 21, Nurul Izyanti Muhamad Azahar, 21, Nur Amni Nadiah Nik Nor Zabir, 21, Muhammad Mustaqim Rosde, 21, Nor Ayuni Maslan, 21, dan Fatin Nasrien Fadli, 22.
Sumber: Facebook
The post Kubur Nurly Shahirah Terpaksa Dipagar, Didakwa Berlaku Amalan Kurafat first appeared on OHBULAN!.





