
Sepi sambutan Aidilfitri andai tiada lagu raya, walaupun kita sudah serasi dengan lagu-lagu evergreen namun lagu-lagu baru pun tak kurang hebatnya.
Jom tengok 10 lagu baru karya istimewa daripada selebriti tempatan sempena sambutan Syawal tahun ini.
1. Serumpun (Mimi Fly)
Paling trending dan sensasi iaitu lagu Serumpun nyanyian Mimi Fly yang kian menjadi siulan ramai.
Bukan itu sahaja, lagu ini juga mencetus kontroversi apabila penampilan Mimi dalam video muzik didakwa kurang sesuai dengan lagu yang dihasilkan sempena sambutan Hari Raya.
2. Raya Pum Pang (Fazura & Syasya Rizal)
Ramai pasti teruja apabila bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal kembali menyumbangkan suaranya untuk sebuah lagu raya yang ‘catchy’ berjudul Raya Pum Pang.
Lebih menarik lagu tersebut turut menampilkan Fazura sebagai rakan duet Syasya.
3. Raya Gen Z (Alyssa Dezek, Ara Aziz, Qadejah & Cik B )
Lebih ceria dan mudah untuk sing along, itulah gambaran lagu Raya Gen Z yang dinyanyikan oleh anak usahawan terkenal Qadeejah dan Cik B bersama Alyssa Dezek serta Ara Aziz.
Bukan Gen Z sahaja teruja dengar lagu ini, kami pasti Millennials dan Gen X juga suka!
4. Raya Nak Ke Mana? (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
Buah tangan istimewa daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya antara yang dinantikan setiap kali tiba lebaran.
Lagu Raya Nak Ke Mana? itu juga adalah sentuhan daripada penyanyi meningkat naik iaitu Aisha Retno.
5. Hilang Dari Raya Ku (Yuna)
Vibes klasik yang dibawa oleh Yuna menerusi lagu Hilang Dari Raya Ku membuatkan pendengar terbuai dengan melodi balada dan terasa seperti berada di desa.
Dikala lagu raya moden tahun ini mengetengahkan elemen rancak dan bertenaga, namun penyanyi berasal dari Alor Setar, Kedah itu hadir dengan konsep yang lebih relaks, tenang dan aesthetic.
6. Jodoh Hari Raya (Dayang Nurfaizah)
Siapa yang belum berjumpa dengan jodoh mereka, inilah lagu yang sesuai untuk anda!
Mendengar sahaja suara kelunakan suara Dayang Nurfaizah, seolah-olah terbuai dengan rasa nyamannya sebuah percintaan.
7. Meriah Lain Macam (Hael Husaini & Nadeera)
Sayang, ya iya sayang…
Kolaborasi Hael Husaini dan Nadeera menerusi lagu Meriah Lain Macam mendapat sambutan luar biasa di platform YouTube apabila berjaya meraih lebih 4.7 juta tontonan.
Ternyata finalis Anugerah Juara Lagu Ke-39 tersebut membuktikan mereka juga mampu mendominasi trend lagu raya dalam industri hiburan.
8. Balik Kampung..Gosip Raya (Ain Edruce & Sherry Alhadad)
Raya anda takkan meriah kalau tak bergosip bukan?
Kami pasti mesti riuh rumah anda, tambah pula kalau pasang lagu Balik Kampung..Gosip Raya nyanyian dua hos terkenal Ain Edruce dan Sherry Alhadad.
9. Aidilfitri Di Malaysia (Doulas Lim)
Lain dari yang lain, apabila pelawak berbangsa Cina, Douglas Lim tampil dengan lagu raya berjudul Aidilfitri Di Malaysia.
Lagu istimewa ini berkisarkan tentang kepelbagaian bangsa di Malaysia yang turut menyambut hari raya. Paling menarik Douglas turut berdikir barat di dalam lagu ini!
10. Raya Ya Ya (Iman Troye & Datuk Seri Aliff Syukri)
Walaupun gimik pergaduhan mendapat perhatian ramai, namun lagu Raya Ya Ya nyanyian Iman Troye dan usahawan Datuk Aliff Syukri berjaya ‘melekat’ di bibir pendengar.
Sebelum ini, pergaduhan mereka pada awalnya hanya tercetus di media sosial namun kemudian meleret hingga melibatkan laporan polis.
Kami di berharap anda semua raikan keunikan lagu-lagu yang dihasilkan oleh para penggiat seni ini supaya industri hiburan lebih meriah dengan karya-karya hebat.





