Sejak kebelakang ini telatah pelakon jelita Anzalna Nasir menjadi antara tumpuan warganet terutama ketika dia melakukan sesi siaran langsung di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anzalna Nasir Seloroh Suruh Suami Tidur Luar, Respon Anak Bikin Netizen Ketawa – ‘Mummy Nak Duit Ke Tak Nak?’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Dedah ‘Followers’ Makin Meningkat – ‘Hati Mereka Baik, Tak Boikot Pun’
Mula tersenyum

Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 37, memuat naik komen yang ditinggalkan oleh seorang individu.
Ternyata cara Anzalna mengendalikan siaran langsung tersebut telah memberikan kesan positif terhadap individu berkenaan yang sedang berada dalam fasa sukar.
Cara awak buat live sedikit sebanyak telah membuatkan saya yang berada dalam tekanan perasaan dan kemurungan, telah mula tersenyum serta menitis air mata kegembiraan melihat awak sekeluarga.
Ia telah memberi manfaat kepada saya untuk memulihkan semula semangat dan kehidupan saya yang telah lama suram dan kelam, malah pernah cuba untuk bunuh diri.
Terima kasih kerana awak bantu pulihkan diri saya.
Respon Anzalna

Dalam hantaran yang sama, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut meluahkan rasa terharu apabila dapat memberi sinar dalam kehidupan individu tersebut.
Perasaan yang sangat indah apabila mengetahui kita menjadi sebahagian daripada kebahagiaan seseorang, Alhamdulillah.
Hidup ini hanya kita yang tahu apa yang kita mahu. Hanya kita yang boleh pilih jalan kebahagiaan kita sendiri.
Sumber: Threads Anzalna
The post Gelagat Anzalna Nasir Ketika ‘Live’ Pulihkan Semangat Individu Dalam Kemurungan – ‘Saya Mula Tersenyum’ first appeared on OHBULAN!.





