Seorang wanita berkongsi pengalaman lucu dan ‘trauma’ ketika menginap di sebuah hotel, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun Tempelak Tindakan Individu Guna Cerek Hotel Rebus Daging – ‘Ini Satu Penghinaan, Tolong Hormat Orang Lain’
Dinding bilik hotel bergegar

Menerusi perkongsiannya di Thread, pengguna yang dikenali sebagai Diannjaafar itu menceritakan bagaimana malamnya yang tenang tiba-tiba terganggu.
Jelasnya, dia tidak dapat tidur kerana dinding biliknya bergegar dengan kuat secara berulang kali.
Bilik sebelah tu suami dan isteri tengah honeymoon kot sebab perasan jari wanita itu berinai sebab kami daftar masuk pada hari yang sama jadi bertembung di luar bilik.
Malam tu aku berjaga baca Alchemised, tiba-tiba dinding yang menghadap katil aku bergoyang. Aku rasa pelik, banyak kali bergoyang sampai aku tidur di hujung katil.
Dia mengesyaki gegaran itu berpunca daripada aktiviti pasangan di bilik sebelah, yang dipercayainya sedang berbulan madu.
Trauma kejadian malam semalam

Sebagai seorang yang ‘light sleeper’ atau mudah terjaga, wanita itu mengakui gangguan tersebut menyebabkannya langsung tidak boleh tidur.
Esok tu masa breakfast dekat hotel ternampak pasangan tu masuk terus aku duduk membelakangi dorang sebab aku tak boleh lupa gegaran katil kena dinding bilik aku tu sepanjang malam.
Saya trauma, tidak boleh tidur dan tidak dapat memandang mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian wanita tersebut. Malah, tidak melepaskan peluang untuk menceritakan pengalaman serupa yang pernah mereka alami.
Sumber: Thread
The post Gara-Gara Pasangan Bulan Madu, Wanita Kongsi Pengalaman Tak Boleh Tidur Sepanjang Malam – ‘Dinding Bilik Hotel Bergegar’ first appeared on OHBULAN!.





