Ramai orang gemar menggunakan pencungkil gigi untuk mengeluarkan sisa makanan yang tersekat di celah gigi kerana ia dianggap cepat, namun tabiat ini sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mulut jika dilakukan dengan kerap.
Artikel Berkaitan: Tukar Lemak Jahat Kepada Lemak Baik, Jom Ubah Menu Harian Kepada 5 Makanan Rendah Kolesterol Ini
Artikel Berkaitan: Kelebihan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Jantung & Pesakit Diabetes
Jangkitan bakteria

Pencungkil gigi berisiko mencederakan gusi, menyebabkan pendarahan serta membuka ruang kepada jangkitan bakteria yang boleh membawa kepada masalah gigi dan gusi dalam jangka panjang.
Menurut Academy of General Dentistry, penggunaan pencungkil gigi hanya wajar digunakan jika tiada pilihan lain dan dilakukan dengan penuh berhati-hati, tetapi ia tidak disarankan sebagai amalan harian.
Hal ini kerana, pencungkil gigi kayu mudah patah dan boleh menusuk ke bahagian tisu gusi, sekali gus membolehkan bakteria merebak ke kawasan tersebut.
Sebagai alternatif yang lebih selamat, benang gigi atau floss lebih disarankan untuk membersihkan sisa makanan dan plak di celah gigi.
Amalan menggunakan floss sekali sehari, bersama rutin memberus gigi dapat membantu dalam mencegah gigi berlubang, penyakit gusi dan masalah bau mulut.
Bagi mereka yang memakai crown gigi, terdapat juga floss bertangkai dan water flosser, iaitu alat yang menggunakan semburan air untuk membersihkan sisa makanan serta plak di celah gigi dengan lebih berkesan.
Sumber: Hello Doktor
The post Ganti Pencungkil Gigi Dengan ‘Floss’: Pilihan Lebih Selamat Untuk Kesihatan Mulut & Gusi first appeared on OHBULAN!.





