26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tertimbus Tanpa Seurat Benang Di Hutan – ‘Tangannya Diikat Dengan Bra’

    Shopee Sale



    Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.

    Tanpa seurat benang

    Memetik laporan portal Kompas, mangsa yang dikenali sebagai Nia itu ditemui kira-kira 1.5 kilometer (km) dari rumahnya dan kira-kira 1 km dari kawasan niaganya selepas tiga hari dilaporkan hilang.

    Menurut Ketua Polis Daerah Padang Pariaman, Ahmad Faisol Amir, Nia ditemui dalam keadaan yang begitu tragis dengan tangannya diikat dengan menggunakan bra yang dipakainya.

    Kematian yang menimpa mangsa sangat pelik kerana ditemui dalam keadaan telanjang dan tertimbus.

    Bukan itu sahaja, tangannya juga diikat dengan menggunakan bra.

    Sementara itu, rakaman tular memaparkan momen penemuan mayat Nia juga memperlihatkan terdapat longgokan makanan bertebaran di atas tanah berhampiran kawasan mayatnya ditanam.

    MENARIK:  Toyota Gazoo Racing GT Cup Kembali, Ini Peluang Korang Untuk Mewakili Malaysia Di Peringkat Dunia!

    Terdahulu, Nia dilaporkan hilang sejurus selepas selesai berniaga di tempat jualannya pada 6 September lalu.

    Keesokannya, keluarga mangsa menemui tudung dan barang jualan yang digunakan Nia untuk berniaga sebelum menemui jasad gadis itu tanpa seurat benang di kawasan hutan berkenaan.

    Mayat Nia kini dihantar Hospital Bhayangkara, Padang, Indonesia bagi proses bedah siasat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah