Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan, kembali menghadiahkan buah tangan terbaharu dengan melancarkan album berjudul ‘Retrospektif’ iaitu sebuah karya yang mencerminkan kematangan, renungan diri dan perjalanan seninya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Makan Dalam Keadaan Separuh Sedar’ – Afgan Dedah Alami Tabiat ‘Sleep Eating’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tasbih Digital Jadi Teman Afgan, Zikir Buat Hati Rasa Tenang
Dari sebuah renungan

Menurut Afgan, albumnya ini bukan sekadar projek muzik biasa, tetapi petanda penting dalam fasa kehidupan serta kerjayana.
Jelas penyanyi berusia 36 tahun itu, ‘Retrospektif’ lahir daripada sebuah renungan yang mendalam iaitu sebuah perjalanan mencari suara dan cerita paling jujur dalam dirinya.
Album ini bukan sekadar menoleh ke masa lalu, tetapi menjadi cara memahami perjalanan yang membentuk diri dari aspek kehidupan mahupun pengalaman muzik.
Selepas bertahun bereksperimen, saya ingin kembali ke akar yang penuh mendewasakan saya. Tetapi kali ini dengan hati yang lebih matang, jujur dan sedia berbagi cerita.
Album yang memuatkan sebanyak sepuluh lagu ini mengekalkan identiti dirinya dengan elemen pop dan R&B. Namun ianya diolah dengan sentuhan produksi yang lebih semula jadi dan berjiwa lembut.
Menampilkan barisan komposer terkemuka seperti Petra Sihombing, Muhammad Kamga, Iqbal Serigar, Bilal Indrajaya dan Rendy Pandugo, mereka menyaksikan bagaimana Afgan melalui proses pencarian arah dan bahasa muziknya sepanjang tempoh rakaman.
Menemui idntiti muzik

Petra mengakui menyaksikan proses tersebut adalah sesuatu yang indah kerana mereka tidak menunggu inspirasi datang, sebaliknya mencarinya bersama.
Kata Petra, Afgan hadir tanpa sebarang perancangan yang besar, tetapi secara berperingkat, dia menemui sebuah hala tuju dan identiti muzik yang ingin disampaikan.
Saya menyaksikan seseorang melewati proses pencarian itu adalah perkara yang sangat indah. Tenaga itu yang membuatkan album initerasa sangat peribadi kerana kita tidak tunggu inspirasi datang, tapi mencarinya bersama.
Lebih menarik lagi, semua penerbit yang terlibat merupakan pemain gitar dan menjadikan album ini lebih maskulin, ‘earthy’ dan dekat dengan nuansa akuatik, jauh daripada gaya balada Afgan yang sering dikenali sebelum ini.
Single pertama ‘Kacamata’ menjadi pengenalan kepada pendengar terhadap dimensi baharu karya Afgan.
Lagu ini telah mencatat lebih 4 juta penstriman dalam tempoh kurang sebulan dan membawa mesej mengalah bukan bererti kalah, tetapi bentuk kasih sayang yang memilih untuk melepaskan.
Selain ‘Kacamata’, album ‘Retrospektif’ turut memuatkan lagu ‘Misteri Dunia’, ‘Sebentar’, ‘Silakan’, ‘Peluk’, ‘Sampai Jumpa’, ‘Tak Ada Rencana’, ‘Kepastian’ dan ”The One That Got Away’.
Keseluruhannya, album ini merupakan cerminan kematangan Afgan sebagai pemuzik dan juga sebagai insan.
Saya ingin orang yang mendengar album ini berasa ditemani. Buat saya, Retrospektif adalah perjalanan pulang ke tempat di mana saya pertama kali menemukan makna muzik dan jujur sama diri sendiri,
Album ini sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman digital sekali gus menuntun pendengar menyusuri kisah perjalanan, kehilangan dan ketulusan yang menjadi nadi karya seorang Afgan.
The post ‘Retrospektif Adalah Perjalanan Pulang Ke Tempat Di Mana Saya Pertama Kali Temukan Makna Muzik’ – Afgan first appeared on OHBULAN!.





