26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazlina Ahmad Daud Beraya Bersama Bapa Mentua, Ogy Menganggap – ‘Tiada Yang Berminat Untuk Mengambil Saya Sebagai Menantu’

    Shopee Sale



    Bila sebut pasal Hari Raya Aidilfitri, pastinya ramai yang teruja dan gembira untuk menyambut bersama ahli keluarga tercinta namun, tidak bagi mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah.

    Begitu jugalah perasaan yang dialami adik-beradik pelakon, Fauziah dan Fazlina Datuk Ahmad Daud yang menyambut hari raya tanpa kehadiran ibu dan ayah.

    Kurang meriah tanpa ibu bapa

    " data-video-id="7351959923355389201">
    @mingguanwanitaKemeriahan Syawal Kurang Meriah Bila Ketiadaan Ibu Bapa kata Fazlina Ahmad Daud. Fauziah Ahmad Daud Pula Tiada Siapa Hendak Ambil Sebagai Anak Menantu. Saksikan Video Penuh Sembang Wanita Xtra Edisi Raya di FB & YT Mingguan Wanita

    ? original sound – MingguanWanita

    Menerusi sesi podcast bersama Mingguan Wanita, Fazlina memaklumkan kemeriahan itu jelas terasa suram selepas kematian ayah dan ibu mereka, Datuk Ahmad Daud serta Datin Saadiah Baharom yang meninggal dunia pada tahun 2002 dan 2005.

    Sebelum ini ada arwah ibu dan ayah serta arwah mak mentua jadi kemeriahan itu jelas terasa seronoknya. Kita dapat berkumpul dengan adik-beradik dan sebagainya.

    Dan tahun lepas, saya baru sahaja kehilangan ibu mentua jadi kemeriahan itu menjadi semakin berkurang.

    Tetapi saya masih ada bapa mentua saya untuk menyambut hari raya bersama.

    Namun, apa yang melucukan apabila kakaknya iaitu Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy berseloroh memaklumkan dirinya akan beraya berseorangan kerana tiada siapa yang mahu mengambil dirinya sebagai menantu.

    Kalau saya tak siapa yang nak ambil sebagai menantu jadi saya tak ada keluarga mentua dan ipar-duai.

    Eh tak apalah, jangan ganggu kehidupanku wahai jejaka-jejaka di luar sana.

    Tambah Ogy, dia pernah merasai pengalaman menyambut hari raya berseorangan setahun selepas kematian ibu tercintanya.

    Saya pernah rasa seorang selepas ibu saya meninggal dunia.

    Itulah ujian untuk saya. Pada tahun 2002 arwah ayah saya meninggal dan setahun selepas itu saya bercerai sehinggalah pada tahun 2005 ibu saya pula meninggal dunia.

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur mendengar luahan yang dibuat Ogy Ahmad Daud.

    MENARIK:  Jangan Sampai Hilang Fokus, Ini Tips Kekal Produktif Masa BDR

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Ogy dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah