28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan Sampai Hilang Fokus, Ini Tips Kekal Produktif Masa BDR

    Shopee Sale

    Pelaksanaan sistem Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi beberapa sektor kerajaan bermula 15 April ini bukan sahaja menawarkan fleksibiliti, malah menuntut disiplin yang tinggi bagi memastikan produktiviti kekal optimum tanpa sebarang gangguan.

    Artikel Berkaitan: Seimbangkan Kerja & Rehat, Ini Tips Elak ‘Burnout’

    Artikel Berkaitan: Aniq Suhair Hampir Alami Burnout, Nasihat Jangan Paksa Diri Bekerja

    Tips BDR/WFH

    Antara perkara paling penting ketika bekerja dari rumah ialah menyediakan ruang kerja yang khusus. Memiliki sudut atau meja kerja sendiri membantu membezakan antara waktu bekerja dan waktu rehat. 

    Persekitaran ini bukan sahaja membantu meningkatkan fokus, malah mengelakkan kerja bercampur dengan aktiviti harian lain di rumah.

    Selain itu, rutin harian juga memainkan peranan besar dalam memastikan produktiviti kekal konsisten. Menetapkan waktu kerja yang tetap walaupun tidak berada di pejabat dapat membantu otak lebih bersedia untuk berada dalam ‘mod kerja’. 

    Pada masa yang sama, penting untuk mengenal pasti waktu paling produktif diri sendiri supaya tugasan penting dapat diselesaikan pada waktu tersebut.

    Dari segi kesihatan dan tenaga, pengambilan makanan ringan yang sihat seperti buah-buahan, kekacang atau minuman ringkas boleh membantu mengekalkan fokus sepanjang hari. Pengambilan makanan yang tidak sihat atau terlalu manis pula boleh menyebabkan cepat letih dan mengantuk.

    Rehat yang teratur, komunikasi

    Gangguan di rumah juga antara cabaran utama BDR atau WFH. Oleh itu, pekerja digalakkan untuk mengurangkan gangguan seperti televisyen, media sosial atau bunyi bising yang tidak perlu. Menggunakan fon kepala, muzik latar yang sesuai atau menetapkan ‘silent mode’ pada telefon boleh membantu mengekalkan tumpuan.

    MENARIK:  Kahwin Marissa Dania & Aslam Di Songkhla: Adakah Benar?

    Dalam masa yang sama, rehat yang teratur sangat penting. Mengambil masa untuk bangun, meregangkan badan atau berjalan seketika setiap satu hingga dua jam dapat membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan aliran tenaga. Ini juga penting untuk mengelakkan sakit badan akibat terlalu lama duduk.

    Selain itu, aspek komunikasi juga perlu dititikberatkan. Walaupun tidak berada di pejabat, komunikasi dengan rakan sekerja perlu lebih jelas dan teratur sama ada melalui mesej, e-mel atau panggilan video. Ini bagi memastikan semua tugasan berjalan lancar tanpa salah faham.

    Akhir sekali, bekerja dari rumah memerlukan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Menetapkan batas yang jelas antara waktu kerja dan waktu rehat sangat penting supaya kerja tidak mengganggu kehidupan harian secara berlebihan. 

    Dengan disiplin, ruang kerja yang sesuai dan pengurusan masa yang baik, BDR atau WFH boleh menjadi lebih produktif dan menyenangkan.

    Sumber: Microsft

    The post Jangan Sampai Hilang Fokus, Ini Tips Kekal Produktif Masa BDR first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah