28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazleena Hishamuddin Dedah Pernah Terima Bayaran Hanya RM500 – ‘Ini Adalah Satu Bentuk Manipulasi’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penulis, Fazleena Hishamuddin mendedahkan pernah menerima bayaran yang tidak wajar daripada sebuah syarikat produksi.

    Artikel Berkaitan: Nam Ron Tampil Menerusi Teater ‘Persiapan Seorang Aktor’, Dipentaskan 17 Julai Ini

    Tidak setimpal

    View this post on Instagram

    A post shared by Fazleena Hishamuddin (@fazleena)

    Menurut Fazleena, pengalaman tersebut dilaluinya kira-kira 15 tahun lalu dengan hanya menerima RM500 sahaja.

    Saya masih ingat lagi masa itu latihan hampir tiga bulan dan bayaran yang diterima cuma RM500, itu pun selepas tamat persembahan.

    Saya buat kerja belakang tabir ketika itu dan anggap teater sebagai ruang untuk menambah ilmu sebab memang minat.

    Tambah Fazleena, dia menyifatkan tindakan tersebut seperti menindas para pelakon dan kru produksi yang telah memberikan sepenuhnya daya usaha mereka. 

    Bagi saya ini adalah bentuk manipulasi atau satu bentuk eksploitasi. Tak adil bila sesebuah produksi dapat tajaan atau keuntungan besar hasil jualan tiket, tapi tak memberi ganjaran setimpal kepada pelakon dan kru produksi.

    Bukan soal nak sama rata, tapi hak yang sepatutnya diterima selepas bekerja keras untuk menjayakan sesebuah projek.

    Jangan tamak

    Selain itu, Fazleena menegaskan bahawa ketelusan juga antara sikap yang perlu ada dengan tidak hanya mementingkan diri demi keuntungan semata-mata.

    Bagi saya, penerbit perlu jujur dan ada ketelusan dalam pengurusan kewangan. Jika dapat lebih, mereka perlu kongsi.

    Lagipun kami tahu teater tak beri untung besar macam filem, tapi di sinilah nilai persahabatan, disiplin dan semangat seni itu diajar.

    Dalam perkembangan lain, Fazleena meluahkan rasa teruja kerana berpeluang menjayakan teater Persiapan Seorang Aktor bersama aktor hebat Nam Ron dan Aloy Paradoks.

    MENARIK:  Ameera Khan Lebih Suka Personaliti Jejaka Seberang Berbanding Malaysia – ‘Orang Indonesia Soft Spoken, Kalau Telefon Cakap Hi Cinta’

    Untuk info, teater yang kini dipentaskan di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) sejak semalam hingga Ahad itu berkisarkan tentang kisah pelakon lelaki yang obses untuk mencapai kesempurnaan dalam lakonan, bukan sahaja sebagai pelakon terbaik di Malaysia, malah, melangkaui kehebatan legenda seni.

    Kisah ini juga bakal membawa penonton menyelurusi perjuangan mental, emosi, dan spiritual dalam dunia seni yang penuh pengorbanan, tekanan dan cinta terhadap panggilan seni.

    Tiket kini sudah mula dijual dan boleh didapati di http://www.onetix.com.my dengan harga RM58, RM78, dan RM98.

    The post Fazleena Hishamuddin Dedah Pernah Terima Bayaran Hanya RM500 – ‘Ini Adalah Satu Bentuk Manipulasi’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah