31 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peminat Harap Sepah Kembali Jalin Persaudaraan, Saiful Apek Titip Nasihat – ‘Meminta Maaf Itu Keberanian, Memaafkan Itu Kekuatan’

    Shopee Sale

    Pelawak dan pelakon, Saiful Apek menitipkan nasihat mengenai kepentingan menjaga hubungan persahabatan serta memaafkan antara satu sama lain.

    Artikel Berkaitan: Jep Mengamuk! Muak Isu Sama Dijadikan Konten, Tunjuk WhatsApp Shuib Tak Berbalas – ‘Aku Dah Minta Maaf Walaupun …’

    Nasihat Saiful Apek

    Menerusi hantaran di Threads, Saiful atau nama sebenarnya, Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff membalas komen seorang peminat yang berharap agar kumpulan Sepah dapat menyatukan kembali persaudaraan mereka.

    Abang bagi kata-kata semangat sikit untuk mereka agar dapat memperkukuh ikatan ukhuwah (persaudaraan dan kasih sayang).

    Saya peminat Sepah dari zaman Raja Lawak 3 lagi..dari tahun 2009.

    Membalas hantaran tersebut, Saiful berkata, hubungan persahabatan diibaratkan seperti tasbih yang tidak mempunyai pengakhirannya.

    Tambah anggota kumpulan Senario ini, keberanian untuk meminta maaf, memaafkan serta keikhlasan untuk melupakan kesalahan yang lalu merupakan antara perkara penting dalam kehidupan.

    Ukhuwah ibarat tasbih, ada permulaan, takkan ada pengakhiran. 

    Meminta maaf itu keberanian, memaafkan itu kekuatan, melupakan itu kebahagiaan, mengikhlaskan itu ketenangan.

    Terdahulu, Shuib tampil memohon maaf di atas kesalahannya kerana didakwa menyindir Jep di dalam sebuah episod Dol’s Podcast bersama Azlee Senario.

    MENARIK:  Siti Jamumall Berang Kes Tertukar Anak Didakwa Hanya Konten – ‘Saya Bersumpah Tak Akan Maafkan Sesiapa Yang Fitnah’

    Shuib memaklumkan isu berkenaan turut memberikan impak buruk kepada isteri, anak-anak dan perniagaannya.

    Bagaimanapun, Jep menyatakan akan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib.

    Sebelum ini, Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib dan Mamat yang didakwa membangkitkan isu pembayaran melibatkan kumpulan mereka dan meminta dua pelawak itu untuk berhenti menggunakan sentimen persahabatan sebagai konten.

    Sumber: Threads

    The post Peminat Harap Sepah Kembali Jalin Persaudaraan, Saiful Apek Titip Nasihat – ‘Meminta Maaf Itu Keberanian, Memaafkan Itu Kekuatan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah