28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Dedah Tak Disentuh Suami Sejak Hamil Anak Pertama – ‘Nafkah Pun Dia Tak Bagi, Semua Aku Tanggung’

    Shopee Sale

    Seorang wanita berkongsi luahan hati mengenai masalah rumah tangga yang dilaluinya sejak awal perkahwinan bersama suami.

    Artikel Berkaitan: Wanita Hamil Dakwa Suami Curang Dengan Pelajar – ‘Aku Kerja Jauh, Balik Jumpa Baju Perempuan Dalam Beg Dia’

    Tak disentuh suami

    Menerusi hantaran di Threads, wanita itu mendedahkan dia dan suaminya sudah hampir empat tahun tidak melakukan hubungan intim sejak kehamilannya yang pertama.

    Dah nak masuk empat tahun tak bersama. Sejak pregnant, bersalin sampailah anak dah masuk tiga tahun, suami tak pernah sentuh dah.

    Kami berkahwin pada 2020. Nak kata gemuk, tak pun sebab BMI pun masih normal. 

    Bukan sahaja nafkah batin, malah lelaki itu juga dikatakan tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami dengan memberikan nafkah kepada isteri.

    Malah, kebanyakan perbelanjaan rumah dan keperluan anak ditanggung menggunakan wang wanita berkenaan.

    Tak pernah saya merasa nafkah sejak kahwin. Raya pun tak pernah bagi duit raya. RM1 pun tak pernah. Barang anak pun semua saya beli sendiri.

    Duit makan? Dia beli kadang-kadang sahaja. Mostly saya akan top up makanan dan barang basah dekat rumah. Harap dia? Memang kebulur lah anak-beranak.

    Berkongsi lanjut, wanita itu yang juga seorang mualaf memaklumkan bahawa dia merupakan suri rumah yang turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah.

    Laki? Hari-hari keluar rumah. Main pickleball sampai pukul 3-4 pagi baru balik rumah. Konon kerja sendiri, tapi tak tahu lah kerja apa sebab selalu memang tak ada duit.

    Atau mungkin dia dah selesa sangat dah sebab saya pun jadi provider? Dia tahu duit hasil business saya masyuk.

    Kami ada side business menjual dalam Shopee. Hasil sepatutnya 50% dia, 50% saya. Tapi saya tak pernah ambil duit tu sebab hasil tu kena bayar duit sewa rumah dan bil elektrik bulanan rumah.

    Malah sikap dan layanan suaminya itu membuatkan dia terfikir bahawa kehidupannya mungkin lebih baik tanpa kehadiran seorang suami.

    Saya dah sampai satu tahap di mana saya rasa tak perlu pun ada husband dalam hidup. Sebab tak function.

    Komen netizen

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Tips Menjelang Bayar Balik Pinjaman Supaya Sentiasa On-Time

    The post Wanita Dedah Tak Disentuh Suami Sejak Hamil Anak Pertama – ‘Nafkah Pun Dia Tak Bagi, Semua Aku Tanggung’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah