33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fasha Sandha Terkilan Dipersoal Pramugari Gara-Gara Naik Kelas Ekonomi – ‘Sepanjang Melancong Tak Pernah Ditanya Sebegitu’

    Shopee Sale



    Pelakon Fasha Sandha berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menaiki sebuah penerbangan pada 30 Mac lalu sempena ulang tahun perkahwinannya.

    ‘Apa salahnya naik kelas ekonomi?’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

    Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 41, meluahkan rasa kecewa dengan layanan daripada seorang pramugari hanya kerana dia dan keluarga menaiki pesawat kelas ekonomi.

    Dalam perjalanan ke kerusi, ada pramugari berkata Fasha Sandha kelas ekonomi? Terkejut saya dengan anak-anak sebab sepanjang kami melancong tidak pernah ditanya sebegitu.

    Saya terkesima dalam keadaan sedang berpuasa, memang kecewa dan saya ambil gambar pramugari itu untuk buat aduan nanti.

    Apa salahnya kami naik kelas ekonomi? Kita semua sama dan tak perlu luahkan dengan kata-kata pada penumpang.

    Tegas Fasha lagi, meskipun individu tersebut sudah memohon maaf tetapi kata-kata yang dilemparkan kepadanya itu masih tersimpan di hatinya dan sukar untuk dilupakan.

    Sebagai pramugari tidak perlu buat muka terkejut dan tanya soalan macam itu kepada penumpang.

    VIP ke, YB ke, selebriti ke, tak salah pun duduk di economy. Sebagai pramugari, tak perlulah buat terkejut atau tanya soalan yang boleh mengguris hati penumpang.

    Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini juga akui sudah terbiasa hidup dengan cara bersederhana malah turut mengajar anak-anaknya supaya tidak membazir.

    Lebih baik bersederhana sebab dari dulu saya selesa hidup begitu.

    Pada akhir coretan, pelakon drama Semua Salahku ini berharap agar kejadian seperti ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak dan supaya setiap individu lebih beretika.

    MENARIK:  Peluang untuk Memenangi Perjalanan 5H4M Ke Korea dengan Membeli-belah di Watsons - Inilah Caranya!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah