34.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ezany Nizariff Kini Bergelar Pengarah Akademik, Hanya Berlakon Jika Ada Kelapangan Waktu

    Shopee Sale



    Di TikTok, seorang netizen bertanyakan sebab mengapa pelakon, Ezany Nizariff dilihat sudah jarang berlakon bagi mana-mana drama di stesen televisyen.

    Dah jadi pengarah akademik

    Menjawab kepada persoalan itu, Ezany atau nama sebenarnya Mohd Ezany Mohd Nizariff menjelaskan bahawa dia kini mempunyai beberapa pekerjaan hakiki yang perlu dilakukan dan hanya akan berlakon jika ada masa yang sesuai.

    Ada beberapa pekerjaan yang perlu saya lakukan dan uruskan encik.

    Saya hanya berlakon jika ada kelapangan dan waktu yang sesuai, insya-Allah.

    Jelas pelakon yang popular menerusi filem ‘Gerak Khas The Movie 3’, dia kini berkhidmat sebagai seorang pengarah akademik di sebuah universiti selepas berjaya memperoleh lesen mengajar di salah sebuah universiti yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

    Contohnya, kini saya (berkhidmat) sebagai pengarah akademik dan mempunyai lesen dari London Examinations Board di UK.

    (Lesen diperoleh) selepas saya jalani program sijil dan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan E-Dagang.

    Lesen ini boleh dijalankan dan digunakan di mana-mana negara dalam dunia.

    Selain itu, pelakon berusia 51 tahun menjelaskan dirinya kini sibuk menghadiri jemputan melakukan program bagi membantu mana-mana syarikat meningkatkan produktiviti pekerja.

    Saya juga selalu dijemput untuk menjadi pensyarah bagi beberapa universiti dan kolej serta menjalankan program latihan untuk syarikat-syarikat untuk meningkatkan lagi produktiviti pekerja mereka.

    Pesan kepada anak bangsa

    Hantaran tersebut telah tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya kagum melihat Ezany yang tetap mementingkan pendidikan di samping kariernya sebagai seorang pelakon sebelum ini.

    MENARIK:  Netizen Cakap Kulit Gelap, Intan Najuwa Respon – ‘Saya Memang Bukan Putih’

    Menjengah ke ruangan komen, netizen berharap anak-anak muda dapat menjadikan kejayaan Ezany ini sebagai satu inspirasi buat mereka untuk berjaya.

    Sementara itu, Ezany turut mengambil kesempatan menitipkan pesan buat semua anak muda tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah