29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Cakap Kulit Gelap, Intan Najuwa Respon – ‘Saya Memang Bukan Putih’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil memberi respon terhadap komen negatif yang memperlekeh warna kulitnya dalam beberapa gambar ketika menghadiri sebuah acara, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Akui ‘Anxiety’ Bawa Anak Melancong – ‘Kereta Atau Kapal Terbang, Semua Paranoid’

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’

    Kulit gelap

    Menerusi hantaran di Threads, Intan, 28, dalam nada sinis berkata, ada segelintir pengguna media sosial yang mendakwa kulitnya kelihatan lebih gelap berbanding biasa.

    Ada makcik bawang komen dekat gambar event (Inayah Beauty), ‘kenapa Intan Najuwa tu gelap sangat’. Eh, rasa macam nak cili mulut dia.

    Menjawab tohmahan itu, Intan menjelaskan perubahan warna kulitnya adalah sesuatu yang semula jadi memandangkan dia kerap menemani suaminya bermain sukan polo dan terdedah kepada panas matahari.

    Hari-hari teman suami main polo kat padang. Panas tau dan saya memang bukan wanita berkulit putih. Dari kecil memang sawo matang.

    Dalam masa sama, Intan turut menggesa orang ramai agar berhenti menilai seseorang berdasarkan warna kulit.

    Please lah, stop nak judge orang kulit putih la, gelap la. Baik pergi buat benda berfaedah sikit.

    Kenyataan Intan itu kemudian mendapat sokongan warganet yang memuji keberaniannya bersuara dan menekankan bahawa kecantikan tidak seharusnya diukur pada warna kulit semata-mata.

    MENARIK:  Kematian Pelajar Kolej Vokasional Akibat Dibelasah Di Bilik Asrama

    Sumber: Threads

    The post Netizen Cakap Kulit Gelap, Intan Najuwa Respon – ‘Saya Memang Bukan Putih’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah