30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ezaidi Aziz Syukur Dikurniakan Wajah Tampan, Tak Terfikir Nak Ubah Ciptaan Tuhan – ‘Untuk Apa Buat Tapi Hati Kotor’

    Shopee Sale

    Pelakon, Ezaidi Aziz percaya definisi wajah cantik dan tampan yang sebenar bukanlah dengan mengubah rupa melalui cara pembedahan kosmetik, sebaliknya bermula dengan menjaga kesihatan kulit agar sentiasa bersih dan sihat.

    Artikel Berkaitan: Ezaidi Aziz Nafi Buat Badan Untuk Tujuan ‘Pancing’ VVIP – ‘Hanya Nak Sihat & Tambah Keyakinan Diri’

    Artikel Berkaitan: Ezaidi Aziz Pernah Ditawar Jawatan Tinggi Oleh VVIP Dengan Tujuan Terselindung – ‘Tiba-Tiba Kena Ikut Balik Rumah’

    Trend buat muka

    Ezaidi atau nama lengkapnya Mohamed Ezaidi Abdul Aziz, 32, berkata kecantikan sebenar bukan diukur pada perubahan fizikal semata-mata, tetapi bagaimana seseorang menjaga diri selain memiliki hati yang baik.

    Sebenarnya menjaga kulit supaya kekal bersih dan sihat adalah definisi cantik yang sebenar, tidak perlu pun merubah wajah asal kita. Paling penting adalah kulit kita sihat dan bersih.

    Apabila seseorang menjaga asas penjagaan kulit yang betul, secara automatik akan jadi cantik. Berbanding buat muka, yakin ke dah buat muka jadi cantik? Takut ada kesan sampingan dan membahayakan diri.

    Syukur alhamdulillah (dikurniakan wajah tampan), tetapi di luar sana ramai lagi lelaki yang kacak. Tetapi apa yang ingin saya tekankan, untuk apa buat wajah cantik tapi hati kotor, tak bersih.

    Ezaidi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas sempena pelantikannya sebagai duta produk penjagaan kulit BAARS yang berlangsung di ibu negara, pada Sabtu.

    Mengulas lanjut mengenai trend pembedahan muka, pelakon drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar itu berkata setiap individu berhak membuat pilihan sendiri, namun secara peribadi dia kurang bersetuju dengan tindakan mengubah wajah tanpa keperluan.

    Setiap orang ada pendapat sendiri, tetapi kalau tanya saya, kurang bersetuju buat muka. Jika ada yang ambil keputusan untuk merubah wajah mereka, itu terpulang. Hanya mereka tahu apa tujuan sebenar berbuat demikian.

    Saya lebih percaya seseorang itu akan nampak lebih menarik apabila menjaga kesihatan kulit dan mengamalkan rutin penjagaan wajah yang betul. Itu lebih selamat dan memberikan keyakinan kepada diri sendiri.

    Ezaidi miliki aura

    Berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta BAARS, Ezaidi berkata ini merupakan satu pencapaian bermakna dalam perjalanan kerjayanya kerana sebelum ini dia pernah merancang untuk memperkenalkan produk penjagaan kulit sendiri.

    Saya percaya lelaki zaman sekarang ramai yang sudah mementingkan penjagaan kulit muka. Saya bersyukur dilantik sebagai duta BAARS, ini satu lagi pencapaian untuk diri saya.

    Saya pernah ada perancangan untuk keluarkan produk muka sendiri, tetapi belum ada rezeki. Tidak sangka akhirnya dapat peluang jadi duta produk penjagaan kulit, BAARS.

    Saya ambil tanggungjawab untuk mempromosikan BAARS dan menyakinkan orang di luar sana, produk ini sangat bagus kerana membantu mengawal minyak, mencerahkan kulit, melakukan pembersihan mendalam (deep cleanse), mengurangkan masalah jerawat, menenangkan kulit (soothing) serta memberikan kesegaran.

    Sementara itu, pengasas BAARS, Mohamed Aqbar Hakim Jasman berkata, pemilihan Ezaidi dibuat selepas melihat kredibiliti dan personaliti yang dimiliki pada aktor tersebut.

    Ezaidi memiliki satu kriteria dan aura yang sangat sesuai dengan BAARS. Ini bukan soal ada jumlah pengikut yang ramai atau popular, tetapi bagaimana dia boleh membawa jenama ini akan lebih dikenali.

    Pertama kali jumpa, dia terus bercakap mengenai visi dan misi sekiranya dilantik sebagai duta. Ezaidi juga memiliki rupa yang tampan dan unik, pada pandangan saya.

    Saya tidak lihat muka Ezaidi ini sama dengan mana-mana artis di luar sana. Dia juga sangat mudah untuk bekerjasama.

    Tambah Aqbar, dia optimis kerjasama bersama Ezaidi mampu memperkukuhkan lagi jenama BAARS dalam pasaran tempatan, selain meningkatkan kesedaran bahawa penjagaan kulit bukan lagi hanya untuk wanita, malah semakin menjadi keutamaan dalam kalangan lelaki moden yang mementingkan penampilan dan keyakinan diri.

    MENARIK:  Mahalini Kembali Bersinar Dengan ‘KOMA Live In Concert’ Di Jakarta & Kuala Lumpur

    The post Ezaidi Aziz Syukur Dikurniakan Wajah Tampan, Tak Terfikir Nak Ubah Ciptaan Tuhan – ‘Untuk Apa Buat Tapi Hati Kotor’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah