Penyanyi Indonesia, Mahalini kini kembali dengan album terbaharu ‘KOMA’, yang akan dipersembahkan secara eksklusif melalui siri KOMA Live in Concert.
Artikel Berkaitan: Sule ‘Don’t Care’ Netizen Pertikai Mahalini Melahirkan Anak Lebih Awal – ‘Asalkan Cucu Saya Sihat & Selamat’
Artikel Berkaitan: Mahalini & Rizky Febian Selamat Timang Puteri Sulung, Pilih Nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian
Momen peribadi

Antara Suara bersama Star Media Nusantara (SMN) memilih Jakarta dan Kuala Lumpur sebagai dua negara pembuka tirai bagi siri konsert ini.
Ia bukan sahaja menandakan kemunculan semula Mahalini, tetapi turut menjadi pentas pertama untuk menyampaikan keseluruhan album ini secara langsung.
Konsert ini tampil sebagai sebuah karya yang merakam proses Mahalini mencari ketenangan, ruang bernafas dan pemulihan diri serta suatu momen yang sangat peribadi baginya.
Selepas mengambil masa untuk diri sendiri, akhirnya saya kembali dengan cerita-cerita yang menggambarkan apa yang saya lalui kebelakangan ini.
KOMA bukan sekadar album, ia adalah refleksi satu fasa sunyi dalam hidup saya.
Ia tentang memahami semula makna setiap rasa dan proses untuk bangkit.
Konsert ini adalah hadiah saya untuk semua yang setia menunggu.
Saya mahu mereka merasai perjalanan, tenaga dalam setiap lagu yang saya bawakan.
Rekaan produksi yang megah bersama arahan kreatif berteraskan emosi dalam KOMA menjadikan konsert ini sebuah pengalaman muzik yang lengkap dan teratur.
Setiap lagu dipersembahkan dengan susunan bunyi dan visual yang dirangka khusus bagi mengukuhkan makna lirik, sekali gus menjadikan KOMA Live in Concert antara persembahan paling peribadi dalam perjalanan seni Mahalini.
Perjalanan emosi

Bagi Andri Verraning Ayu sebagai CEO penganjur konsert, ini merupakan satu detik yang sangat bermakna bagi syarikat.
Bagi Antara Suara, KOMA Live in Concert bukan hanya persembahan ia adalah perjalanan emosi yang ingin kami kongsi bersama penonton.
Mahalini adalah seorang artis yang berani jujur melalui karyanya, dan kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada momen penting dalam kemunculan semulanya ini.
Konsert ini turut membuka lembaran baharu buat Antara Suara sebagai penganjur yang komited membawa karya muzik Indonesia ke pentas yang lebih luas.
Ujarnya lagi, penganjuran konsert di Malaysia merupakan langkah yang strategik.
Dalam menjayakannya, pihak penganjur konsert ini bekerjasama dengan Beatus Live sebagai rakan penganjur dari Malaysia, menjadikannya sebuah kolaborasi rentas negara yang terancang dan efektif.
Langkah melebarkan konsert ini ke Malaysia mencerminkan komitmen Antara Suara untuk memberi ruang lebih besar kepada pemuzik Indonesia menembusi pasaran serantau.
Penubuhan Antara Suara Malaysia adalah pencapaian yang mengukuhkan ekosistem muzik rentas negara, sekaligus membuka peluang kreatif yang lebih luas antara Indonesia dan Malaysia.
Pihak pengurusan Mahalini memainkan peranan penting dalam persiapan kreatif dan produksi konsert.
Manakala Biondy Akbar, sebagai pengurus muzik dan peribadi penyanyi itu, melihat acara ini sebagai pencapaian signifikan dalam kerjaya Mahalini.
Konsert ini adalah penghargaan kami buat para peminat yang menunggu dengan penuh sabar.
Ini bukan sekadar pentas ia adalah perjalanan seorang artis yang membesar, merenung diri, dan kembali dengan tenaga baharu.
Kami percaya ini akan menjadi antara pencapaian terpenting dalam kerjaya Mahalini.
Konsert ini akan berlangsung pada 14 Februari 2026 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dan 2 Mei 2026 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tiket pra-jualan sudah dibuka secara eksklusif kepada peminat dari 10 hingga 14 November 2025, manakala jualan umum bermula 2 Disember 2025 melalui laman rasmi komaliveinconcert.com, tertakluk kepada baki kuota yang masih tersedia.
Maklumat terkini boleh diperoleh melalui Instagram @antara.suara dan @antarasuara_my.
The post Mahalini Kembali Bersinar Dengan ‘KOMA Live In Concert’ Di Jakarta & Kuala Lumpur first appeared on OHBULAN!.





