30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Emma & Shazli Mesra Luangkan Masa Bersama Anak-Anak, Netizen Doa Moga Bertemu Kebahagiaan Kembali

    Shopee Sale



    Walaupun sudah berpisah, pelakon Emma Maembong dan bekas suaminya, Shazli Azhar masih mengekalkan hubungan baik. Terbaru, Emma dan Shazli dilihat meluangkan masa bersama anak-anak.

    Mesra bersama

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), kelihatan Emma dan Shazli mesra memangku kedua-dua anak mereka.

    Dapat dilihat menerusi kapsyen yang disertakan, Syariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah berasa gembira dapat menghabiskan masa bersama ibu bapanya.

    Keluar bersama Baba dan Mama semalam, aunties dan cousins juga ikut bersama. Kami sangat gembira.

    Difahamkan, ibu saudara serta sepupunya juga turut serta pada waktu itu.

    MENARIK:  Bibi Qairina Jawab Dakwaan Bakal Berkahwin Tahun Ini – ‘Saya Risau Nak Kongsi Lebih, Takut Apa Dirancang Tak Jadi’

    Harap bersama semula

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan hantaran yang dimuat naik tersebut. Warganet turut mendoakan agar pasangan itu kembali bersama.

    Sekadar info, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32, mengejutkan orang ramai dengan mengesahkan dirinya tidak lagi sehaluan bersama bekas suaminya yang seorang juruterbang, Muhammad Shazli Azhar namun tarikh dirahsiakan.

    Emma dan Shazli sah sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan penceraian pada 7 Oktober lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah