24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Emma Maembong Mengakui Diri Sebagai ‘Kepochi’ dan Membimbangkan Isu Bella Astillah – ‘Saya Menghantar Voice Note Kepada Ruhainies, Bertanyakan Khabar Terkini’

    Shopee Sale



    Emma Maembong

    Pelakon Emma Maembong tampil memberi penjelasan selepas namanya dipetik dan didakwa terbabit dalam konflik membabitkan tiga rakan selebriti iaitu Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies.

    Mengaku salah

    Emma Maembong

    Menerusi hantaran di Instagram, Emma bagaimanapun mengakui kesilapannya bertanyakan kepada Ruhainies mengenai spekulasi membabitkan Bella.

    Jelas Emma, dia tiada niat untuk memburukkan nama Bella, sebaliknya hanya ingin mendapatkan kepastian.

    Saya cakap jujur, sepanjang saya shooting memang kes Bella viral dekat kami punya produksi, belakang tabir. Orang asyik cakap dan tanya tapi saya jawab tak tahu.

    Saya dengar macam-macam cerita dan khabar angin. Apabila dengar cerita, saya jadi kesian dekat Bella. Tapi saya ada dengar orang lain borak, orang kata sebaliknya.

    Dalam pada itu, Emma berkata dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan akui sepatutnya bertanyakan terus kepada Bella.

    Saya tak rapat dengan Ruhainies dan Bella tapi kenal sebagai rakan artis yang selalu jumpa di event. Tapi dengan Bella, saya hanya bertegur sapa, cuma kalau borak satu meja itu adalah Ruhainies.

    Saya hanya voice note dekat Ruhainies, hanya bertanyakan kesahihan khabar angin yang saya dengar mengenai Bella betul ke tak? Saya hanya tanya betul ke tak. Tapi silap saya sendiri pergi tanya Ruhainies.

    Saya tak tanya Bella sendiri sebab saya beranggapan waktu itu tak sesuai. Satu kesilapan saya pergi sibuk bertanya. Tapi bukan mengutuk atau nak ajak perang.

    Susulan itu, ibu kepada dua cahaya mata ini memohon maaf secara terbuka kepada Bella.

    Saya nak minta maaf kepada Bella sebab jadi kepochi. Saya minta maaf, saya tak sepatutnya masuk campur. Saya pun dah kahwin, faham benda itu. Saya tak ada niat nak kutuk, saya minta maaf.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

    MENARIK:  Kumpulan Tarian Jepun Avantgardey Bakal Mengadakan Persembahan Debut Secara ‘Live’ Di Kuala Lumpur, Disember Ini!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah