31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elly Mazlein Tak Gelap Mata, Tolak Tawaran RM500,000 Buka Tudung – ‘Saya Percaya Akan Ada Rezeki’

    Shopee Sale

    Bukan soal nilai bayaran, sebaliknya pendirian hidup menjadi keutamaan buat pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein apabila dia memilih untuk menolak tawaran lumayan bernilai sehingga RM500,000 demi mempertahankan imej sebagai wanita berhijab.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elly Mazlein & Cikgu Azlan ‘Sweet’ Berjalan Tak Lepas Pegang Tangan, Netizen Usik – ‘Kalau Tak Pegang, Takut Merajuk Pula’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bermula Dengan Bertentangan Mata? Kak Lina Kongsi Pertemuan Pertama Dengan Suami – ‘Saya Pula Lawa Macam Mana’

    Ada rezeki lain

    Menurut Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, tawaran tersebut diterima ketika awal penghijrahannya, namun disertakan dengan syarat yang jelas bertentangan dengan prinsip yang dipegangnya kini.

    Saya dapat satu tawaran masa mula-mula berhijab dulu. Memang lumayan, sampai setengah juta ringgit, tetapi syaratnya saya perlu buka tudung.

    Bila saya buat keputusan untuk berhijab, walaupun dibayar macam mana sekali pun, saya tetap dengan keputusan saya.

    Elly berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada petang Rabu.

    Selain Elly, barisan selebriti yang menjadi duta dan wajah Ariani, Ariani RTW Premium dan Arian adalah Bella Dally, Lisa Surihani, Uyaina Arshad, Mira Filzah, Bront Palarae, Qasrina Karim, Elisya Sandha, Cik Epal, Ammar Azman, Madnor dan Fyza Kader.

    MENARIK:  [VIDEO] Zahnita Wilson Pernah Ke Wad Psikiatri, Cari Ketenangan Dekatkan Diri Dengan Allah SWT

    Tambah pengacara berumur 45 tahun, pihak terbabit sebenarnya sudah sedia maklum mengenai imej berhijab, namun tetap mengemukakan tawaran tersebut dengan nilai bayaran tinggi.

    Mereka tahu saya sudah bertudung, sebab itu mereka letak harga setengah juta. Tapi saya beritahu saya tak dapat bekerjasama kalau perlu buka tudung.

    Sekiranya mereka mahu saya jadi duta, prinsip saya tetap akan memakai tudung. Saya percaya akan ada rezeki untuk saya di tempat lain.

    Bagaimanapun, Elly memilih untuk menolak tawaran tersebut secara profesional dan berhemah bagi mengelakkan sebarang salah faham.

    Walau macam mana pun kita nak tolak tawaran, kita kena jawab dengan baik. Saya beritahu secara berhemah dan Alhamdulillah mereka terima keputusan saya.

    Dalam masa sama, Elly turut berharap agar syarikat atau jenama di luar sana lebih terbuka dan tidak memandang rendah kemampuan wanita berhijab sebagai wajah produk.

    Tak salah kalau pilih duta yang bertudung. Rezeki saya mungkin bukan di situ, tapi Allah gantikan dengan yang lain.

    Yang penting sekarang saya kekal dengan prinsip untuk terus berhijab.

    The post Elly Mazlein Tak Gelap Mata, Tolak Tawaran RM500,000 Buka Tudung – ‘Saya Percaya Akan Ada Rezeki’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah