31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zahnita Wilson Pernah Ke Wad Psikiatri, Cari Ketenangan Dekatkan Diri Dengan Allah SWT

    Shopee Sale



    Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan pernah berjumpa dengan pakar psikiatri selepas melalui fasa sukar dalam kehidupannya, pada 2019.

    ‘Saya pernah ke wad psikiatri’

    Ketika ditemui , Zahnita atau nama lengakpnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, mengakui bahawa ketika itu dia berada di titik terendah dalam hidupnya, namun akhirnya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan rawatan selepas melihat keadaan pesakit lain yang lebih parah.

    Jujurnya saya pernah ke wad psikiatri di mana saya berada pada tahap terendah dalam hidup sehingga perlu ditahan di wad berkenaan.

    Tapi bila saya sampai di wad itu saya tengok keliling ada ramai pesakit lain yang menunggu keadaan mereka jauh lebih teruk daripada saya.

    Jadi saya tak rasa saya patut berada di sana sebab saya tak seteruk mereka dan pilih untuk patah balik ke rumah.

    Zahnita berkongsi perkara itu ketika ditemui pada mini sidang media bersama Zahnita dan NR Cosmetics di Bangi, Selangor pada petang Rabu.

    Cari ketenangan baca Al-Quran

    Bagaimanapun, selepas menyedari dirinya perlu mencari ketenangan, Zahnita memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

    Mungkin kerana saya hilang arah waktu itu. Saya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran dan berdoa pada Allah.

    Sementara itu, Zahnita juga mendedahkan bahawa suaminya, Abdul Zackery merupakan individu yang bertanggungjawab membawanya ke wad psikiatri untuk mendapatkan bantuan profesional.

    Dia (Abdul Zackery) ialah orang yang bawa saya ke wad psikiatri berkenaan.

    Mungkin ketika itu dia nampak saya memang berada di tahap terendah seperti tak tentu arah. Jadi dia cuba untuk cari orang yang boleh bantu saya mungkin.

    Zahnita sebelum ini memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada 3 Disember 2024 selepas berkongsi gambar mata lebam dalam Instagram sehari sebelum itu.

    MENARIK:  Individu Dakwa Sombong, Janna Nick Terima Teguran Dengan Hati Terbuka – ‘Saya Minta Maaf, Kalau Awak Tak Suka Saya Pun Tak Apa’

    Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

    Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah