31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zaid minta DAP henti lapor polis, fahami PAS sebagai parti agama

    Shopee Sale

    Bekas menteri, Zaid Ibrahim menyeru pemimpin DAP agar tidak keterlaluan berpegang kepada ideologi dan menghentikan tindakan membuat laporan polis setiap kali berlaku perbezaan pendapat dengan PAS.

    Katanya, membuat laporan polis hanya mengeruhkan keadaan serta meningkatkan permusuhan antara kedua-dua pihak. Dia berkata, DAP harus membezakan antara dasar kerajaan dan retorik keagamaan PAS.

    Zaid Ibrahim

    “Penulisan Presiden PAS Hadi Awang tidak membawa sebarang ancaman kepada masyarakat. enulisannya tidak memberikan kesan sedemikian melainkan sekadar membuatkan sesetengah daripada kamu berasa marah.

    “Kenyataan dan ucapannya hanya boleh menjadi ancaman dalam satu situasi: apabila ia menggalakkan keganasan.

    “Jika ia palsu, bodoh, menyakitkan hati, atau kamu merasakan ia merosakkan reputasi kamu, apa yang perlu kamu lakukan hanyalah membalas dan memberikan pandangan sendiri. Itulah hakikat politik,” kata kata Zaid dalam satu hantaran di media sosial hari.

    Sebaliknya, bekas pemimpin PKR yang pernah bersama DAP dan kini menyertai PAS itu berkata, perbezaan pandangan politik sepatutnya dibalas dengan hujah dan pandangan balas.

    "Apabila pemimpin PAS bercakap, sesekali dia memegang watak sebagai pendakwah yang bercakap kepada umat Islam mengenai tarbiyah dan nilai Islam.

    “Tetapi itu adalah untuk khalayak Muslim," katanya.

    Penuh permusuhan

    Hubungan antara DAP dan parti-parti Melayu Islam kini berada pada tahap kurang baik, dan Zaid menegaskan bahawa tanggungjawab memperbaiki keadaan perlu dipikul oleh kedua-dua belah pihak.

    “Punca politik kita menjadi hambar dan penuh permusuhan adalah kerana kita tidak berusaha untuk berinteraksi dan memahami antara satu sama lain.

    “Sebaliknya, kita menggunakan seluruh sumber untuk menggambarkan pihak lawan dalam keadaan paling buruk,” katanya..

    Tambahnya, masyarakat bukan Islam tidak perlu masuk campur atau bimbang terhadap ceramah keagamaan tersebut kerana ia bukan dasar rasmi kerajaan PAS.

    MENARIK:  Lubang benam berlaku dekat Kompleks Bunga Raya KLIA

    “Dasar hanya bermula apabila sesuatu perkara diformalkan menjadi undang-undang, dan pada ketika itulah DAP boleh terlibat dalam perdebatan politik,” katanya lagi.

    Cukup selesa

    Zaid berkata, DAP kelihatan cukup selesa dengan Umno, parti yang juga pernah disertainya, sedangkan Umno juga mempunyai tanggungjawab tarbiyah dan Majlis Ulamak, sama seperti PAS.

    “Beza antara mereka adalah Umno tidak mempunyai pemimpin agama yang memegang jawatan Presiden.

    “Hadi memegang kedua-dua perananan itu, menyebabkan dia lebih cenderung menarik serangan dan mencetuskan kontroversi,” katanya.

    Zaid turut menyorot pengalaman PAS sebagai kerajaan selama lebih 50 tahun di Kelantan sejak 1964 yang tidak menunjukkan tanda ancaman kepada masyarakat demokratik, tidak menggalakkan keganasan, serta sentiasa mematuhi perintah mahkamah dan Rukun Negara.

    Sedangkan, katanya, Hadi telah memegang jawatan presiden PAS selama 24 tahun.

    Bertindak lembut

    Sebagai bekas anggota DAP, Zaid turut menggesa pemimpin Islam dalam parti itu supaya bertindak lebih lembut terhadap PAS.

    Katanya, kekerjasama dengan kumpulan Melayu Islam dianggap penting kerana PAS merupakan masa depan bagi orang Melayu, terutamanya jika DAP berhasrat untuk kekal dalam kerajaan persekutuan bagi tempoh yang lama.

    “PAS menganggap dirinya sebagai organisasi agama yang mempunyai tanggungjawab terhadap ummah, lalu mereka berdakwah. Sebagai bukan Muslim, tidak mengapa untuk tidak bersetuju, tetapi simpanlah untuk diri sendiri. Bukan semua ajaran dari mulut penceramah itu adalah dasar.

    “Tunjukkan sedikit rasa hormat. Jika majoriti umat Islam mendapati ajaran PAS boleh diterima, itu sudah memadai untuk semua orang,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah