27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ellie Suriaty Takut Tersekat, Berdoa Panjang Sebelum Bawa Watak ‘Ibu Aji’ – ‘Saya Minta Ampun Pada Allah’

    Shopee Sale

    Akui risau melontarkan dialog ketika melakonkan watak pengamal ajaran sesat, pelakon, Ellie Suriaty memaklumkan dia akan memohon ampun kepada Allah SWT setiap kali sebelum memulakan penggambaran.

    Artikel Berkaitan: ‘Banyak Karya Aku Kena Banned, Payah Jadi Pengkarya Melawan Arus’ – Erma Fatima

    Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Ikhlas Kongsi Ilmu Lakonan, Tak Pernah Caj Bayaran – ‘Sedekah Itu Lebih Besar’

    Takut tersekat

    Ketika ditemui , pemilik nama Ellie Suriaty Omar berkata, dia turut berdoa agar Allah mempermudah urusan serta memberikan kelancaran untuknya melontarkan dialog.

    Sebelum mula penggambaran saya akan berdoa dan minta ampun pada Allah banyak-banyak.

    Doa saya itu akan bermula ketika saya masuk van (orang ambil untuk ke set penggambaran) sampailah tiba di lokasi penggambaran.

    Saya juga minta Allah lancarkan kata-kata, penyampaian dan pemikiran ketika berlakon.

    Kalau tak berdoa, akan jadi macam tersekat dan tak lepas untuk lancarkan dialog.

    Ellie berkongsi perkara tersebut ketika sesi tayangan perdana drama terbaharu lakonannya yang berjudul ‘Ibu Aji’ yang diadakan di Aurum Theatre, The TRX Exchance pada Selasa.

    Mahu penonton lihat mesej yang hendak disampaikan

    View this post on Instagram

    A post shared by ermafatima (@ermafatima)

    Ketika ditanya mengenai kecaman yang diterima, pelakon berusia 55 tahun berharap penonton menilai mesej yang hendak disampaikan melalui naskhah yang telah dihasilkan.

    Ujarnya, watak pengamal ajaran sesat yang dibawanya itu merupakan satu cerminan buat penonton untuk dijadikan sebagai iktibar.

    Saya sudah terima kecaman kenapa melakonkan watak seperti ini tetapi anda (penonton) perlu lihat dan nilai dari sudut yang lebih luas.

    Sebagai seorang pelakon, bila kita bawa watak antagonis seperti ini, ia sebenarnya adalah cerminan kepada apa yang sebenarnya berlaku di luar sana.

    Walaupun kita ini berlakon naskhah ajaran sesat, Allah tahu niat kita ini hanyalah untuk penonton jadikan pengajaran seperti jangan mudah percaya dengan ‘scammer’.

    Saya beri contoh seperti ajaran sesat yang pernah dibawa Ayah Pin. Pengikutnya terdiri daripada orang yang profesional dan setiap lapisan umur. Mereka ada agama tetapi bagaimana mereka-mereka ini boleh terpesong?

    Sekadar info, drama ‘Ibu Aji’ yang diarahkan oleh Amor Rizan ini mengisahkan tentang seorang pengamal ajaran sesat wanita yang menyebarkan dakyah kepada penduduk kampung.

    MENARIK:  Program Pertanian Organik WOW Perkasa Lebih 25 Komuniti Luar Bandar Di Sook, Keningau, Sabah

    Kisah yang diangkat dari kisah benar ini merupakan salah satu karya pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima yang bakal ditayangkan secara eksklusif menerusi aplikasi ‘Karya Reels’.

    Selain drama ini, anda juga boleh menikmati beberapa lagi ‘air tangan’ Erma dengan bayaran sebanyak RM10 bagi setiap tontonan.

    The post Ellie Suriaty Takut Tersekat, Berdoa Panjang Sebelum Bawa Watak ‘Ibu Aji’ – ‘Saya Minta Ampun Pada Allah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah