28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ejen Ali The Movie 2 Kembali Dengan Misi Yang Lebih Besar, Tiga Runut Bunyi Jadi Pelengkap Filem Animasi 3D

    Shopee Sale



    Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kembali menggegarkan layar perak menerusi tayangan perdana yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.

    Misi lebih besar

    Filem animasi aksi ini kembali beraksi dengan pengalaman 3D yang menakjubkan serta padat dengan aksi, pengembaraan, di samping penceritaan heroik yang sesuai untuk semua peringkat usia.

    Ejen Ali The Movie 2 mengisahkan perjalanan Ali yang secara tidak sengaja direkrut menyertai agensi perisikan rahsia, MATA. Ali terpilih sebagai perintis bagi sebuah misi berisiko tinggi di bawah SATRIA, program elit yang menggunakan sut berteknologi tinggi dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

    Selain itu, terdapat halangan daripada Neonimus, seorang penggodam misteri yang mencetus kekacauan seluruh kota Cyberaya.

    Ejen Ali mula bersiaran pada tahun 2016 di TV3 sehingga diiktiraf di peringkat global, menembusi lebih 65 buah negara. Filem sulungnya mencatat kutipan melebihi RM30 juta di pawangan dan platform digital.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Puan Nini Yusof meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Ejen Ali bagi pelancaran filem kedua ini.

    Kami berasa sangat bangga apabila melihat Ejen Ali mencapai satu tahap yang hebat dengan pelancaran filem keduanya ini.

    Francais ini bukan sahaja menghiburkan di peringkat tempatan, malah menjadi bukti sebenar kepada kreativiti, semangat dan penceritaan Malaysia yang berjaya menambat hati penonton di serata dunia.

    Pembikinan Ejen Ali The Movie 2

    Berkongsi lebih lanjut, En. Usamah Zaid Yasin iaitu Pengarah Ejen Ali The Movie 2 merangkap Ketua Pengawai Eksekutif WAU Animation memaklumkan bahawa perjalanan dalam proses pembikinan filem aksi animasi ini tidak semudah yang disangka.

    MENARIK:  ‘Saya Mungkin Boleh Mati..’ – Shaza Bae Kongsi Detik Cemas Kereta Dirempuh Pemandu Mabuk

    Tambahnya, sokongan dan kesetiaan penonton adalah sumber kekuatan bagi menjayakan filem ini.

    Perjalanan untuk menyiapkan Ejen Ali The Movie 2 bukanlah mudah, ia memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.

    Sejak perancangan filem ini diumumkan pada peringkat awal iaitu sebelum era pandemik, para peminat sudah tidak sabar menantikannya.

    Sokongan dan kesetiaan mereka amat kami hargai. Jadi, kami berharap filem ini dapat menyampaikan emosi dan keterujaan yang telah lama dinanti-nantikan.

    Dalam pada itu, runut bunyi Ejen Ali The Movie 2 ini disempurnakan oleh penyanyi lagenda Dato’ M.Nasir, Nidji dan Hael Husaini. Setiap lagu hadir dengan nuansa tersendiri, menyuntik jiwa dan identiti unik ke dalam penceritaan, seiring dengan perkembangan watak serta momen-momen penting sepanjang filem.

    Ejen Ali The Movie 2 ini dibawakan khas oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd yang penuh dengan kemeriahan gimik yang mencuri perhatian.

    Saksikan pengembaraan epik Ejen Ali The Movie 2 yang akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Mei ini. 

    Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini, kandungan eksklusif, dan kemas kini di sebalik tabir menerusi saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial Primeworks Studios.Film.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah