Dua anggota Wings iaitu Eddie dan Black membuat keputusan mengejutkan apabila mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.
Artikel Berkaitan: Wings Akan Buat Persembahan Dalam Penjara, Awie Mahu Nyanyi Depan Banduan – ‘Ini Projek CSR Sempena 40 Tahun Wings Dalam Industri’
Artikel Berkaitan: Awie Pening Cari Lokasi Rock Warrior Music Festival – ‘Ada Penganjur Berebut Tempah Vanue, Tapi Tak Tahu Nak Anjur Konsert Apa’
Berkuatkuasa hari Rabu

Berdasarkan kenyataan rasmi kepada media, pengunduran itu mula berkuat kuasa serta-merta pada hari Rabu.
Selain itu, Eddie dan Black juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam ‘Konsert WINGS 40 Tahun Celebration’ yang dijadualkan berlangsung pada 28 November ini di Kuala Lumpur.
Manakala di Singapura pula pada 24 Disember ini.
Kami, Azmi Hashim atau dikenali juga sebagai Black Wings dan Samsaidi Ulong Idris atau dikenali juga sebagai Eddie Wings, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan Wings berkuat kuasa serta-merta iaitu pada hari ini, Rabu.
Dengan ini kami juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak akan terlibat dalam ‘Konsert Wings 40 Tahun Celebration’ yang dijadualkan berlangsung pada 28 November di Kuala Lumpur dan 24 Disember di Singapura.
Kenyataan media

The post Eddie & Black Undur Diri Dari Wings, Tak Terlibat ‘Konsert Wings 40 Tahun Celebration’ first appeared on OHBULAN!.





