26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Drama Fungsinya Cerminan Masyarakat’ – Zahiril Adzim

    Shopee Sale

    Pelakon, Zahiril Adzim menegaskan dunia seni tidak sepatutnya dijadikan sasaran tunggal atas peningkatan jenayah dan kemerosotan moral dalam kalangan remaja.

    Artikel Berkaitan: Zahiril Adzim ‘Bongkar’ Realiti Industri Lakonan Menerusi Filem Martabat: Misi Berdarah

    Artikel Berkaitan: Bayaran Tertangguh, Zahiril Adzim Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Produksi Hadapi Masalah Kewangan – ‘Seharian Kami Makan Menu Sardin’

    Beri pendedahan

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Zahiril Adzim Mohd. Mokhtar, 41, berkata penggiat seni hanya memberikan pendedahan berdasarkan realiti sebenar kehidupan.

    Katanya, sudah sekian lama drama dianggap sebagai salah satu punca utama remaja terpesong akhlak.

    Isu ini sudah lama. Sejak zaman saya mula berlakon lagi dalam drama Juvana, orang akan cari satu ‘outlet’ untuk menyalahkan.

    Sebenarnya ada beza kita menginspirasi dan mendedahkan. Pada saya, penggiat drama ini memberikan pendedahan tentang apa yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

    Pendedahan ini bertujuan untuk kita berfikir dan beringat.

    Tambah pelakon filem Pekak, pendedahan itu dibuat kerana masih ramai yang tidak menyedari realiti sebenar dunia akibat kurangnya pengetahuan dan pemahaman.

    Drama ni fungsi dia cermin kepada masyarakat. Apa yang berlaku dalam masyarakat, kami lakonkan semula kerana ini yang sememangnya berlaku.

    Kadang-kadang ada yang tidak tahu perkara seperti itu wujud.

    Bila tonton, barulah sedar, ‘Oh, macam ni ke?’. Jadi, kita mendedahkan.

    Penggiat seni

    Mengulas lanjut, Zahiril berkata ramai yang cepat menyalahkan industri seni kerana ia menampilkan gambaran jelas tentang keadaan semasa.

    MENARIK:  Aslam Mengaku Bersalah, Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Abby Abadi – ‘Saya Tahu Risiko & Beban Yang Datang’

    Kata Zahiril tindakan itu diambil semata-mata untuk melepaskan tekanan dengan menyalahkan pihak lain.

    Kalau nak buat pendedahan tidak semestinya kena tengok dokumentari saja. Drama ini fungsinya luas. Kita boleh hasilkan kisah cinta, kisah gengster dan banyak lagi.

    Pada saya, mereka mungkin terkesan dengan kes yang berlaku dan kemudian mencari saluran untuk melepaskan rasa marah atau kecewa, lalu menyalahkan drama sebagai punca, kononnya untuk rasa lega dan berkata, ‘ini salah drama’.

    Tapi kita tahu apa fungsi kita sebagai penggiat seni.

    The post ‘Drama Fungsinya Cerminan Masyarakat’ – Zahiril Adzim first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah