34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr Afifah Kini Pindah Ke Rumah Sewa Baharu – ‘Jika Ada Sesiapa Yang Mempunyai Barangan Rumah Preloved ..’ 

    Shopee Sale

    Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr Afifah terpaksa keluar dari kediamannya susulan tindakan selebriti itu yang sebelum ini didakwa memasuki rumah tersebut dan memindahkan sebahagian barang.

    Artikel Berkaitan: ‘Semua Baju Masih Dalam Kotak, Saya Pakai Apa Yang Ada Saja’ – Dr Fie Mohon Maaf Isu Penampilan Di Mahkamah

    Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Titip Nasihat Buat Dr Afifah – ‘Kawal Emosi, Bertindak Dengan Bijak & Jangan Dedah Perancangan’

    Pindah rumah

    Menerusi perkongsian terkini di Threads, Dr Afifah atau nama lengkapnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, memaklumkan bahawa dia kini telah berpindah ke sebuah kediaman yang baharu.

    Ada yang nasihat, tag saya untuk minta jadi kuat dan bina harta sendiri. Terima kasih, saya akan pelan-pelan kayuh.

    Saya baru berpindah ke rumah sewa baharu dan sedang perlahan-lahan menyiapkannya.

    Justeru itu, Dr Afifah meminta bantuan orang ramai yang sudi untuk menjual barangan terpakai bagi melengkapkan kemudahan di rumah sewa tersebut.

    Jika ada sesiapa yang mempunyai barangan rumah preloved yang masih dalam keadaan baik (meja makeup, permaidani, TV, kerusi meja makan dan lain-lain) boleh kongsikan di sini.

    Terima kasih orang baik.

    Netizen bantu

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menawarkan barangan terpakai milik mereka untuk dijual kepada Dr Afifah.

    MENARIK:  Yonnyboii Suntik Semangat Dalam ‘Nadi’, Satu Penghormatan Besar Bergandingan Bersama Jobranko

    Dalam masa sama, mereka turut mendoakan agar urusan ibu kepada tiga orang anak itu dipermudahkan.

    Terdahulu, Dr Afifah meluahkan rasa kesal di Threads selepas mendakwa barangan peribadinya telah dikeluarkan dari rumah tanpa sebarang makluman awal ketika dia sedang berada di luar negara.

    Untuk info, Nubhan, 39, sah bercerai dengan Afifah, 35, pada 2 Disember lalu.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.

    Sumber: Threads Dr Afifah

    The post Dr Afifah Kini Pindah Ke Rumah Sewa Baharu – ‘Jika Ada Sesiapa Yang Mempunyai Barangan Rumah Preloved ..’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah