29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dituduh Membazir Buat Rawatan Muka Di Korea Selatan, Farez Adnan Respon – ‘Tak Pakai Duit Kau Pun, Dekat Sana 3 Kali Ganda Lagi Murah’

    Shopee Sale

    Tindakan penyanyi dan personaliti media sosial, Farez Adnan yang memilih untuk menjalani rawatan wajah di Korea Selatan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk kecaman yang mempersoalkan keputusannya.

    Artikel Berkaitan: ‘Lagu Ini Bukan Rekaan, Kisah Benar Hidup Mas Idayu’ – Farez Adnan

    MENARIK:  Abby Abadi Kecewa Segelintir Lelaki Tidak Bertanggungjawab Sebagai Suami – ‘Tiba-Tiba Ada Pengganti, Buat Main Anak Orang!’

    Artikel Berkaitan: Farez Adnan Bengang Sikap Penduduk Flat Suka Parkir Kenderaan ‘Double Park’ – ‘Owner Kereta Pula Tarik Handbrake’

    ‘Bazir duit je pergi Korea’

    " data-video-id="7533939199507041543" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @farezadnanofficial

    Tak pakai duit kau pun. 😜

    ♬ original sound – Muhammad Daud

    Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Farez atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan Adnan, 30, dilihat menjawab komen seorang netizen yang menyindir tindakannya itu.

    Individu tersebut menyifatkan keputusan Farez sebagai satu pembaziran memandangkan kos dan perbelanjaan ke Korea Selatan adalah jauh lebih tinggi, sedangkan rawatan serupa boleh didapati di Malaysia dengan harga lebih rendah.

    Netizen: Bazir duit je pergi Korea buat rawatan muka, dekat Malaysia ada je

    Susulan daripada itu, Farez tampil menjelaskan bahawa rawatan yang dijalani di Korea adalah atas pilihan peribadi selain turut mengambil kesempatan untuk bercuti sambil menjalani prosedur tersebut. 

    Pelantun lagu Aduh Geli Mama ini juga memaklumkan kos rawatan di Korea tiga kali ganda lebih murah berbanding di Malaysia.

    Tak pakai duit kau pun. Pergi sana dapat jalan-jalan juga, sama je. 

    Tengok poket sendiri, rasa nak pergi buat dekat Korea pergi lah.

    Yang Malaysia pun tempah dari Korea, dekat Korea tiga kali ganda lebih murah.

    Menurutnya, setiap individu bebas menentukan keutamaan mereka selagi tidak membebankan sesiapa. 

    Dia juga menyarankan agar orang ramai melihat kemampuan diri sendiri sebelum membuat sebarang kritikan terhadap keputusan orang lain.

    Sumber: TikTok Farez Adnan

    The post Dituduh Membazir Buat Rawatan Muka Di Korea Selatan, Farez Adnan Respon – ‘Tak Pakai Duit Kau Pun, Dekat Sana 3 Kali Ganda Lagi Murah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah